Monday, April 10, 2017

MATTA FAIR 2017


Tarikh..  17-19 Mac 2017
Tempat..  PWTC Kuala Lumpur

Sebagai sebuah pulau pelancongan yang terkenal di Malaysia dan seluruh dunia, Langkawi tidak boleh ketinggalan dalam  mempromosikan pulau ini. Jika kurang promosi pada akhirnya pelancong akan beralih arah. Ini yang perlu dipastikan ianya tidak berlaku. Saingan dalam menarik pelancong ke tempat masing-masing begitu hebat, apatah lagi kita hanya bersempadan dengan negara Thailand yang tidak kurang hebatnya malahan lebih hebat lagi dalam mempromosikan negara mereka dimata dunia.

Sebab itu bila ada kesempatan dan ruang untuk mempromosikan diri pulau legenda ini, maka ianya perlu diambil peluang itu. Bila  MATTA Fair ini diadakan, LADA telah mengambil bahagian dengan bekerja sama dengan pihak LTA (Langkawi Tourist Association) . Melalui MATTA Fair ini LADA dan pemain utama industri pelancongan di Langkawi telah turut membuat promosi produk-produk yang ada di Langkawi ini dengan pelbagai tawaran menarik. Alhamdulillah saya melihat ramai pengunjung yang datang ke booth pamiran LADA /LTA  dan mereka positif untuk bercuti di Langkawi dengan menempah pakej-pakej yang ditawarkan.

Memang ramai  pengunjung ke MATTA Fair ini kerana ramai orang mahu melancong samada dalam negeri atau diluar negara. Dengan tawaran-tawaran yang hebat dan menarik itu membuatkan ianya menjadi event yang ditunggu-tunggu.

Saya tertarik melihat Kerajaan Negeri Perak mengambil kesempatan dari MATTA FAIR kali ini dengan mempromosikan secara besar-besaran Kempen Melawat Perak Tahun 2017 ini..  Wakil Kerajaan Negeri Perak juga diberi peluang untuk merasmikan MATTA Fair kali ini. Tentunya Kerajaan Negeri Perak menjadi sponsor utama MATTA Fair ini. Tapi saya rasa berbaloi mereka berbuat begitu memandangkan hasil yang diharapkan nanti kepada Negeri Perak itu sendiri. Taiwan juga saya lihat begitu aktif mempromosikan negara mereka kali ini dalam MATTA Fair ini. Berpeluang jugalah melihat persembahan-persembahan kebudayaan dari negara tersebut. Begitu juga dengan Syarikat Penerbangan Emirates yang begitu hebat menawarkan pakej melancong yang menarik dengan menggunakan pesawat mereka. Syarikat itu kini mempunyai 93 buah pesawat A380s iaitu salah satu pesawat penumpang yang terbesar dalam kelasnya.

Setiap agensi atau negara ada cara tersendiri dalam mempromosikan kehebatan negeri atau negara masing-masing..  Dalam hal ini kreativiti amat penting dalam memberikan satu persembahan yang menarik kepada pengunjung agar mereka berminat untuk melawat atau melancong tempat -tempat menarik selain faktor harga yang munasabah.



















No comments:

Post a Comment