Monday, April 10, 2017

LIMA 2017 .. LANGKAWI DIMATA DUNIA

Catatan : Mohd Asri Redha b. Abdul Rahman
Tarikh : 22 Mac 2017

Assalaamualaikum.. WRT dan Selamat Sejahtera saudara pembaca blog saya sekalian.

Hari ini ada kelapangan sedikit untuk saya menulis berkenaan aktiviti saya di Langkawi ini. Sejak bertukar ke Langkawi, masa begitu mencemburui saya.. Sibok sana sini.. Secara kebetulan saya melapor diri di LADA ini sudah dekat benar acara terbesar iaitu LIMA 2017 hendak diadakan iaitu bermula dari 21.Mac 2017 dan akan berakhir sehingga 25 Mac 2017.

(Fakta : LIMA 17 edisi ke 14, bermula sejak tahun 1991, 520 sykt pempamer.. 520 sykt, dari 35 negara..300 delegasi pertahanan, 55 buah kapal laut dan kapal perang, 106 pesawat terbang  dan 467 wartawan dari serata dunia. )

LADA pula terlibat secara langsung dalam persiapan-persiapan infrastruktur dan kebersihan.. Jadi banyak kerja juga yang perlu dibuat. Bangunan MIEC dan sekitarnya itu adalah kepunyaan LADA sepenuhnya  dan sudah tentu perlu dipastikan ianya dalam berkeadaan baik dan memuaskan. Ia menggambarkan imej Langkawi juga, kerana pempamer adalah terdiri dari pelbagai syarikat besar dan terkenal diseluruh  didunia ini. Event ini bertaraf dunia. Bukan boleh dibuat mudah . Bayangkan jika ada masalah berlaku pada bangunan itu, sudah tentu ianya memberi imej yang tidak baik kepada LADA, Langkawi  dan Malaysia keseluruhannya. Semuanya kena 'tip top' dan terbaik.

Memang betul .. hari ketiga berlaku juga perkara yg sangat2 dielak iaitu berlaku masalah bekalan elektrik yg terputus.  Bayangkan bila bekalan elektrik terputus..  tentunya gelap dlm dewan tersebut dan kepanasan yg terlampau berlaku dlm dewan tersebut disebabkan aircon tidak brfungsi.. Bagi sebuah bangunan besar sebegini yg jarang sekali diguna saya sudah menjangka perkara seperti ini pasti akan berlaku..  Sebab itu bahagian teknikal LADA sudah mengambil langkah2 sewajarnya untuk tujuan tersebut walaupun terpaksa berbelanja besar..  Namun begitu selebihnya kita berserah kepada Allah SWT..  Nasib baik lah waktu 'blackout' tersebut tidak berlaku pada waktu majlis perasmian dan lawatan vvip kerana waktu itu ramai pembesar2 dan VVIP ada..  Kalau tidak ni jenoh jawab ...

Apa2pun masalah yg berlaku tu masih dlm kawalan dan dpt diselesaikan dlm beberapa jam saja. Tahniah pada team teknikal LADA dan kontraktor yg dilantik.

Walau apapun yg berlaku sepanjang event ini saya berpandangan event ini amat berjaya sekali.  Tidak rugi kerajaan berbelanja besar untuk tujuan ini kerana manafaat yg diterima oleh rakyat daerah ini negeri ini dan negara ini amat besar sekali..

Kerana LIMA 2017 juga Malaysia dikenali diserata dunia terutama dlm bidang pertahanan. Tahun ini ditambah lagi dlm bidang industri penerbangan komersial.. Jadi bertambah meriah event ini.

Rakyat ttempatan dan Pelancong asing juga menikmati pertunjukan aerobatik udara bertaraf dunia.. Bukan mudah untuk melihat pertunjukan udara yang amat mahal ini.. Tapi LIMA Langkawi telah membawa semua itu ke Langkawi...  dan rakyat dapat melihat sendiri dari dekat..  betapa juruterbang yg profesional mcm main2 saja dgn pesawat yg amat canggih dan teknikal ini.. .  hebat..  hebat

Saya berharap LIMA LANGKAWI  ini diteruskan selamanya di Pulau Langkawi Permata Kedah..  Ini adalah produk Langkawi....
@

















Add caption







No comments:

Post a Comment