Tuesday, April 11, 2017

Penjenamaan Semula Peniaga-Peniaga Kecil ke Arah Lebih Kreatif

Catatan : Mohd Asri Redha
Tarikh: 03 April 2017
Fakta : 14 kiosk di Taman Lagend dan Dataran Lang
Sewa: RM200 - RM500 sahaja


Perniagaan kecilan seperti peniaga-peniaga kiosk dulunya hanya dianggap sebagai perniagaan sambilan sahaja, tapi sebenarnya jika dilaksanakan dengan betul ianya boleh memberi pendapatan yang tetap dan lumayan pada pengusahanya. Sebab itu peniaga-peniaga kena berubah cara pemikiran yang lama , kerana bila hanya memikirkan berniaga kecilan itu hanya sekadar menambahkan pendapatan sampingan sahaja maka ianya tidak akan menerbitkan minat dan daya kreativiti serta inovasi pada peniaga itu sendiri. Segalanya hanya dianggap sementara sahaja, jadi segala persembahan perniagaannya pun sekadar bagi ada sahaja dan sekadar boleh laku biasa-biasa sahaja. Sebab itu kita lihat perniagaan dikiosk-kiosk kebanyakannya tidak begitu memberangsangkan. walaupun ada yang berniaga sudah melebihi 10 tahun, tapi keadaannya sama serupa sahaja sepertimana 10 tahun yang lalu.

Sebab itu LADA kena lihat sesuatu perlu dibuat dgn mengambil tindakan susulan kiosk2 yang ada dibawah kawalan LADA dulu. Sebagai langkah awalan kearah itu , LADA mengambil inisiatif awal untuk memberi lontaran awal pada peniaga-peniaga kiosk yang dibawah premis LADA ini untuk membuat sesuatu perubahan yang mendadak bagi menjenamakan semula operasi perniagaan mereka agar kelihatan lebih meriah, barangan jualan yang diminati dan sesiapa yang datang akan kembali lagi suatu hari nanti ke situ.

Untuk itu satu perjumpaan telah diadakan dengan semua peniaga-peniaga kiosk LADA di Dataran Lang, Kuah ini untuk membincangkan langkah-langkah yang boleh meningkatkan lagi keceriaan di kiosk mereka dan membawa kekemasan pada kiosk yang ada yang boleh menarik pelancong datang melawat kiosk mereka . Sudah tentu apa yang dibuat itu akan memberi kesan positif kepada pihak peniaga kecil tersebut, kerana pelancong boleh membeli pelbagai cenderamata yang ada disitu terutama cenderamata yang berkaitan dengan burung helang. LADA juga akan memikirkan sesuatu yang sesuai untuk kebajikan peniaga disini agar perniagaan lebih menguntungkan. LADA juga sedang  dalam memastikan tidak ada lagi struktur-struktur yang tidak sesuai diletakkan dalam kawasan perniagaan itu kerana ianya akan menimbulkan suasana yang tidak menarik dikawasan tersebut , apatah lagi kawasan ini dilawati pelancong dari seluruh dunia.

Cadangan jangka pendek dan jangka panjang boleh dirangka kerana sebarang perubahan melibatkan peruntukan yang agak besar juga dan LADA perlu memohon diperingkat yang lebih tinggi. Antara cadangan yang diberi oleh penjaja dan juga pihak pengurusan ialah seperti :-


  • Pelbagaikan produk jualan
  • Penyeragaman kiosk yang ada
  • atau buat gerai yang seragam dan kekal
  • Peniaga yang beruniform berindentitikan burung helang
  • Kreativiti dalam jualan dan perkhidmatan yg disediakan
  • Promosi dan tunjuk arah yang lebih banyak

No comments:

Post a Comment