Tuesday, December 19, 2017

Program 'Back To School' Satu lagi tanggongjawab sosial LADA pada komuniti

Kutipan...  Mohd Asri Redha
Tarikh.. 18 Disember 2017

300 murid, pelajar Langkawi terima bantuan persekolahan






Sumbangan bernilai RM120 setiap seorang sempena program 'Kembali Ke Sekolah' itu disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah, Nor Saidi Nanyan di Auditorium Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) di sini. Nor Saidi berkata, program memasuki edisi kelima itu bertujuan memberi galakan dan semangat kepada golongan kurang bernasib baik untuk belajar dengan lebih tekun. 

"Ini tahun kelima program ini diadakan dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM30,000 di DUN Kuah bagi membantu waris dari golongan berpendapatan rendah, miskin, warga emas, ibu tunggal dan asnaf."Malah, bagi melicinkan pelaksanaannya Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan kampung (JKKK) diminta mengenal pasti keluarga yang memiliki anak bersekolah dari usia tujuh tahun hingga 16 tahun yang layak."Senarai nama dan maklumat keluarga berkenaan kemudian disalurkan kepada pejabat DUN untuk tujuan penyerahan sumbangan," katanya ketika ditemui selepas majlis itu.

Turut hadir Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) LADA, Mohd Asri Redha Abdul Rahman.Sementara itu, penerima, Sirajudin Kader, 12, dari Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Negeri di sini, berkata, dia gembira menerima seragam sekolah yang baharu dan tidak sabar untuk ke sekolah.

"Kini ibu saya tidak perlu fikir untuk beli seragam sekolah kerana saya sudah mendapat baju, seluar dan kasut baharu, semua ini akan saya pakai pada hari pertama sekolah buka nanti," katanya.Puteri Isya Mohd Izwandi, 8, dari SK Kedawang, turut teruja apabila menerima kelengkapan persekolahan baharu untuk sesi persekolahan 2018 yang bakal bermula tidak lama lagi."Saya sangat gembira apabila dapat sumbangan ini kerana sekurang-kurangnya persiapan pakaian seragam sekolah sudah pun ada, cuma peralatan tulis belum dibeli," katanya yang bercita-cita menjadi doktor. 



STR/Hamzah Osman
#kw sumbangan sekolah, bantu golongan







@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Majlis yang sama juga diadakan oleh Ahli Parlimen Langkawi pada 27.12.17 di Dewan Kolej Vokasional Langkawi.. Hampir 350 orang penerima murid telah diberikan
set pakaian sekolah berserta beg untuk mereka . 

LADA melalui    anak syarikat Panorama Sdn Bhd merupakan penyumbang
terbesar bantuan persekolahan tersebut di Dewan Kolej Vokasional Langkawi.
Penyampaiannya disempurnakan oleh YB Ahli Parlimen Langkawi dan juga
Ahli Lembaga Pengarah  Panorama.




No comments:

Post a Comment