Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh... 08.12.17
Assalaamualaikum WRT dan Selamat Malam
Tarikh... 08.12.17
Assalaamualaikum WRT dan Selamat Malam
Ketemu lagi saudara pembaca
blog saya. Terima kasih kerana sudi membaca. Bukan senang nak baca blog
orang, apatah lagi cerita-cerita yang memboringkan seperti ini. Kerana sekarang orang lebih suka membaca cerita-cerita dan gosip2
politik dan artis sahaja. Tapi saya tulis juga sebagai satu rekod diri dan jabatan saya supaya kita tidak lupa pada apa yang telah dipelajari.
Hari ini saya menghadhiri bengkel berkenaan
Pengurusan Risiko Rasuah untuk anggota kakitangan LADA. Bengkel ini akan
menyediakan dokumen lengkap bagaimana keterjebakan kakitangan dalam isu-isu integrity dan rasuah dapat
dikurangkan atau dihapuskan sama sekali dan faktor-faktor yang membawa berlakunya rasuah dan tidak berintegriti.
CRM adalah satu proses pengurusan yang membantu organisasi
atau pihak pengurusan atasan untuk mengenalpasti risiko2 rasuah, salah guna
kuasa dan penyelewangan serta menyediakan pelan bagaimana ianya boleh dihindari
. Dengan cara ini ianya akan memperkukuhkan tadbir urus yang yang boleh menutup
ruang untuk aktiviti-aktiviti tidak sihat ini. Sebab itu Pengurusan risiko
rasuah yang efektif memerlukan komitmen yang tinggi dari pucuk pimpinan
tertinggi sesebuah organisasi.
LADA tampil secara sukarela untuk menyediakan Pelan
Pengurusan Risiko Rasuah,. Saya menyebut sukarela kerana tidak ada arahan
muktamad yang mewajibkan jabatan-jabatan kerajaan menyediakan pelan tersebut. Sebagai pegawai pengurusan atasan saya amat memerlukannya kerana dengan adanya pelan ini akan lebih memudahkan pihak pengurusan untuk menangani isu rasuah dan integriti dikalangan anggota LADA.
Satu bengkel Penyediaan Pelan Pengurusan Risiko Rasuah (CRM) yang
melibatkan pegawai-pegawai kanan LADA
telah diadakan dari 05.12.17 hingga 07.12.17 di Pulau Tuba. Saya tidak
mahu menceritakan panjang lebar apa isi kandungan Pelan Pengurusan Risiko yang
dihasilkan dari bengkel ini kerana ianya agak teknikal dan panjang sedikit.
Cuma yang pentingnya pihak pengurusan sudah mengenalpasti akan punca masalah rasuah ini dan apa kesannya kepada
LADA sama ada dalam jangka pendek atau jangka panjang. Disamping itu
langkah-langkah kawalan atau penyelesaian dapat dibuat seperti kukuhkan kawalan
sedia ada melalui penambahbaikan keatas pemantauan, system, polisi dan proses,
laksana kawalan baru atau memperkenalkan kaedah baru untuk mengesan salah laku
rasuah yang boleh menyebabkan risiko rasuah..
Sekadar mengambil beberapa contoh yang dibincangkan saya paparkan dalam catatan ini apakah faktor-faktor yang membawa kepada penglibatan isu integrity dan
governane
Factor dalaman dan luaran organisasi memainkan peranan penting . Bengkel
mengenalpasti beberapa isu yang memberi kesan kepada isu integrity. Isu dalaman
seperti gaya hidup mewah berbanding pendapatan yang diperolehi sememangnya
memberi kesan kepada integrity kakitangan kerana peluang yang ada didepan mata
sudah pasti tidak akan dibiarkan begitu sahaja. Gaya hidup mewah yang dicipta
sendiri sebenarnya memberi kesan yang tidak baik pada individu dan organisasi
nya kerana ada ruang untuk pegawai tersebut terlibat dengan gejala rasuah untuk
kekal dengan gaya hidup mewah.
Faktor kroni tidak dapat dinafikan merupakan satu penyebab
besar kepada integrity. Tapi dari segi nalurinya sudah semestinya kita akan membantu sahabat-sahabat
dan rakan taulan yang kita kenal, kerana itu lebih memudahkan dan kita
mengetahui akan prestasinya. Tapi biasanya begitulah, kalau sudah ada
persahabatan yang lama sudah tentu
sedikit sebanyak unsur-unsur memberi dan menerima itu ada juga.
Sebenarnya ada banyak factor-faktor lagi yang membawa kepada
keterlibatan kakitangan dalam rasuah ini, tetapi memadai sahaja yang saya
ceritakan seperti diatas, kerana kalau nak cerita, panjang pula jadinya.
Semua penyebab kepada berlakunya rasuah telah dikorek sedalam-dalamnya oleh peserta bengkel dan ada juga cadangan-cadangan mengelakkan kakitangan dari terjebak dalam rasuah dan ketidakjujuran dalam melaksanakan tanggungjawab .. In Sya Allah selepas bengkel ini semua penemuan2 ini akan didokumentasikan sebagai Dokumen 'Pelan Pengurusan Risiko LADA'. Bila ada pelan ini akan memudahkan semua pihak mengambil langkah-langkah penambahbaikan dalam prosedur kerja masing-masing.
Terima kasih.
Catatan2 lain berkaitan..
http://semangatjatimbas.blogspot.my/2013/03/semangat-jati-asri-redha-integriti-dan.html?m=1
Semua penyebab kepada berlakunya rasuah telah dikorek sedalam-dalamnya oleh peserta bengkel dan ada juga cadangan-cadangan mengelakkan kakitangan dari terjebak dalam rasuah dan ketidakjujuran dalam melaksanakan tanggungjawab .. In Sya Allah selepas bengkel ini semua penemuan2 ini akan didokumentasikan sebagai Dokumen 'Pelan Pengurusan Risiko LADA'. Bila ada pelan ini akan memudahkan semua pihak mengambil langkah-langkah penambahbaikan dalam prosedur kerja masing-masing.
Terima kasih.
Catatan2 lain berkaitan..
http://semangatjatimbas.blogspot.my/2013/03/semangat-jati-asri-redha-integriti-dan.html?m=1
Mr Teh... Fasilitator yg berpengalaman |
No comments:
Post a Comment