Monday, January 1, 2018

Anugerah INOVASI AIPM

Catatan..  Mohd Asri Redha
Tarikh..  31 Dis-2017

Assalaamualaikum WBT..  Selamat Bercuti.. Saya doakan semua sahabat2 cergas, sihat walafiat serta bahagia hendaknya...
Catatan hari ini kita bersembang fasal inovasi Dan Kreativiti.. Perkembangan yg berlaku dlm industri sekarang ini dan seterusnya nanti sebenarnya adalah hasil dari Kreativiti Dan Inovasi manusia yg semakin berkembang dengan  pesat ..

Pada 05.11.17 saya berkesempatan untuk hadhir dalam Majlis Anugerah Kualiti Perdana Menteri 2017 yg disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia di PICC Putrajaya. Seronok tengok banyak jabatan-jabatan terima anugerah Kualiti Perdana Menteri. Hadiahnya bukan calang-calang... sampai mencecah RM1 Juta.. Bahagialah kepada jabatan yang mendapat anugerah tersebut. Namun begitu untuk mendapat anugerah- anugerah seperti itu tidak semudah tulis dan cakap. Banyak pengorbanan tenaga, buah fikiran dan duit ringgit juga perlu ditanggung. Sebab itu tidak ramai jabatan yang mahu masuk bertanding.. Jadi yang masuk bertanding, walaupun tidak mendapat juara saya tetap nak mengucapkan tahniah kepada mereka semua atas keberanian dan inisatif mereka untuk mengambil bahagian.. Bila dah ambil bahagian kena susah-susah la sikit.. itu yang ramai tidak mahu ambil bahagian.

Keratan gambar yang saya ambil dari Akhbar Berita Harian ini jelas menceritakan segalanya. Jadinya tidak lah perlu saya cerita lagi... Apa-apapun kita perlu juga berusaha untuk  masa depan LADA..




Ketua Setiausaha Kementerian yang 'friendly'.. Rakan FB saya juga ni.. Ini
calon Ketua Setiausaha Negara yang amat sesuai.. Saya doakan.. In Sya ALlah..



Bersama anak buah saya ni sewaktu di Majlis Perbandaran Sungai Petani. En Adnan Mat..
Seorang tokoh pejuang pekerja tanah air.. bakal menerajui CUEPAC suatu hari nanti..
 In Sya Allah




No comments:

Post a Comment