Monday, January 1, 2018

Bersukan Meningkatkan Produktiviti..

Catatan..  Mohd Asri Redha
Tarikh.. 20 November 2017

Assalaamualaikum WBT..  dan Selamat  Malam...

Sebenarnya saya belum lagi membaca apa2 artikel berkaitan kajian kaitan sukan dengan produktiviti kerja..  Tapi saya rasa sudah banyak kajian dibuat diluar sana berkaitan perkara tersebut..
Bagi saya yg amat kurang ilmu kaji  mengkaji ini,  saya melihat kepada kesan dari aktiviti2 bersukan ini yg mana membawa kepada kesihatan yg terbaik,  semangat berpasukan dan jalinan perhubungan social yg bertambah erat dan baik..  Di samping itu ianya juga menunjukkan kebijaksanaan strategik bermain untuk menang dan kebijaksanaan menguruskan pasukan serta mengelolakan acara..   Banyak faedahnya jika dilaksanakan secara sistematik dan perancangan yg betul.

Sebab itu saya memberi sokongan penoh aktiviti2 anak2 buah saya dalam mengadakan aktiviti seumpama ini.

Bermula 10 Nov 17 hingga 18 Nov 17, Kementerian Kewangan Malaysia tlh menganjurkan Pesta Sukan Kementerian  Kew 2017.. (PSKK 2017) yg melibatkan semua 13 agensi dibawah MOF. Sudah Tentu LADA ambil bahagian walaupun kos untuk menguruskan pasukan bukannya murah..  Tinggi juga belanjanya.  Namun demi untuk kebajikan anggota,  perkara ini bukan menjadi penghalang utama utk LADA ambil bahagian..  Yang menjadi penghalang utama ialah untuk mendapatkan atlit sukan yg berkualiti..  Ini problem utama.  Sebab itu LADA hanya dapat mengambil bahagian dalam 8 acara sahaja dari 13 acara yg dipertandingkan.. Itupun ada anggota yang sama terlibat bermain dlm 2 atau 3 acara berlainan. Jenoh pulun..  Sebab itu utk mengharapkan pencapaian teratas dlm PSKK 20017 adalah amat mustahil..  Kecualilah kalau menang Johan semua game yg diambil bahagian. Berada dikedudukan no. 7  dari 13 pasukan memanglah agak mengecewakan..  tapi usaha tetap dilakukan dan tidak semudah itu menyerah kalah..  Ianya menjadi pengajaran untuk berusaha lebih gigih lagi untuk kejohanan akan datang.

Mendapat naib Johan dalam Pertandingan Bakat Nyanyian Kewangan sedikit sebanyak menggembirakan ahli kontinjen..

Saya ucapkan tahniah kepada semua anggota yang mengambil bahagian.. Kalah menang adat permainan tapi yang penting semangat untuk berusaha itu penting dan sebenarnya ianya memberi kesan kepada kesihatan yang baik dan produktiviti kerja.




















No comments:

Post a Comment