KURANG pelapis dan jika ada sekalipun kurang diberikan pendedahan secara meluas seperti genre muzik lain. Itu adalah kesimpulan yang dibuat oleh legenda Ito yang popular dengan kumpulan Blues Gang saat ditanya tentang keadaan semasa genre muzik berkenaan.

Kita sedia mengetahui irama blues bukan sesuatu yang asing dalam kalangan peminat. Sejak dahulu hanya beberapa nama yang berjaya menembusi pasaran muzik semasa termasuklah kumpulan Blues Gang, Sahara Yaacob dan beberapa nama lain. Tapi siapakah selepas mereka?
“Sebab itu pendedahan perlu diberikan kepada generasi muda. Blues adalah muzik pertengahan yang boleh didengar oleh semua. Jika ada pendedahan besar, mereka juga mampu membina nama sebaris dengan penyanyi yang sudah ada,” kata Ito berterus-terang.
Tentunya sebagai orang yang sudah berpengalaman lebih 40 tahun dalam muzik ini dapat melihat sendiri penerimaan penyanyi blues di luar negara. Dia yang sudah merantau ke puluhan negara teruja dengan peminat di sana yang menghargai muzik aliran begini.
Tambahnya, meskipun pasaran di negara luar juga tidak sebesar mana, namun mereka masih mampu pergi jauh dengan muzik blues dan terus menerus mengadakan persembahan di merata tempat.
Bertepatan dengan itu, Ito tidak mampu duduk diam dan terus menggerakkan sesuatu. Biarlah dia memulakan sesuatu agar irama perjuangannya terus diterima ramai meskipun secara kecil-kecilan.
“Sebab itu kami mengharapkan persembahan di Langkawi sedikit masa lagi akan menjadi titik permulaan kepada muzik blues di sini,” katanya yang bakal menganjurkan Langkawi International Blues, Roots Aseana (LIBRA2017) di Pantai Chenang, Langkawi bermula 29 hingga 31 Disember hadapan.
Menariknya, Ito yang bergerak bersama anak lelakinya, Kid Afero menerusi syarikat Itos Cottage Music bertuah kerana mereka turut mendapat kerjasama daripada Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) untuk menganjurkan festival muzik terbesar yang mengumpulkan 20 kumpulan blues.
Taruhan
SEBENARNYA impian Ito untuk menganjurkan festival blues begini sudah lama diimpikan sejak tahun 1980-an lagi. Dia mahu terlibat dalam festival yang mengumpulkan penyanyi blues bukan sahaja dari dalam negara tetapi juga melibatkan sesiapa sahaja yang mempunyai akar muzik yang sama.
“Hanya tahun ini barulah kami dapat mengadakan LIBRA2017 seperti mana yang diimpikan. Tentu sahaja gerak kerja untuk menganjurkan festival sudah bermula sejak beberapa tahun yang lalu. Bila semuanya sudah dipersiapkan barulah kami berani melaksanakannya.
“Untungnya, ramai yang sudah menyatakan minat untuk turut serta. Ada juga yang akan hadir tanda memberikan sokongan kepada kesemua pemuzik yang terlibat kali ini,” kata Ito lagi.
Tentu sahaja gerak kerja utama dibuat oleh Kid yang sering membantunya sejak dahulu. Kid bukan sahaja menguruskan segala hal berkaitan dengan festival tetapi dalam masa yang sama turut menjadi perancang utama kepada kejayaan awal penganjuran LIBRA2017.
Mengambil inspirasi daripada Rainforest World Music Festival Sarawak dan Java Jazz Festival Indonesia sebagai contoh, mereka juga mengharapkan LIBRA2017 bakal menjadi acara tahunan yang diadakan di Pantai Chenang yang sering menjadi tumpuan pelancong luar negara.
“Tidak sekadar menyasarkan kepada kehadiran orang tempatan, kita juga menyasarkan kehadiran pelancong luar negara yang ada di Langkawi ketika itu. Faktor itu juga yang menyebabkan kita memilih Langkawi sebagai tapak festival pada dasarnya.
“Jangan takut dengan irama blues. Semua peringkat umur boleh datang dan menyaksikan sendiri festival yang akan memberikan sesuatu yang segar kepada semua,” tambahnya lagi.
Selain kumpulan Blues Gang, LIBRA2017 turut disertai oleh pemuzik daripada England, Australia, Indonesia, Singapura dan Thailand

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

LADA merupakan penaja terbesar  LIBRA 2017 ini.. Aktiviti seperti ini akan menarik lebih ramai pelancong-pelancong tempatan dan luar negara berkunjung ke Pulau Langkawi ini. Langkawi perlu lebih banyak aktiviti-aktiviti seperti ini yang sesuai dengan citarasa pelancong asing, supaya ia menjadi tarikan yang berterusan kepada pelancong-pelancong untuk terus berkunjung ke Pulau Langkawi Permata Kedah ini...


Kehadhiran Menteri Kewangan II memeriahkan event ini yang diadakan di Pantai Cenang, Langkawi.
Acara yang diadakan bertepatan pula dengan Ambang Tahun 2018 memeriahkan lagi acara denga
kehadiran pelancong dari luar negara yang begitu ramai.



http://eddyrushfatboys.blogspot.my/2017/11/langkawi-international-blues-roots.html?m=1