Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 21 Feb. 2018
Assalaamualaikum WRT.... Hari ini saja saya paparkan keratan-keratan akhbar yang jelas menceritakan keadaan sebenarnya.
Memang mengejutkan... itu yang saya rasa bila mendapat khabar berita kereta kabel Langkawi tersangkut... yakni terhenti semasa sedang beroperasi.. Bila terhenti maknanya ada gondola yang tergantong diatas kabel tak bergerak-gerak.. Memang bagi yang tidak biasa akan panik.. tapi sebenarnya bukannya bahaya , kerana ianya bukan terputus kabel, cuma terhenti disebabkan kerosakan mekanikal.. Saya buat ulasan berkenaan kejadian ini kerana ianya melibatkan LADA juga kerana SkyCab Langkawi ini adalah dibawah anak syarikat milik penoh LADA iaitu Panorama Langkawi Sdn Bhd. Apa-apa yang berlaku akan memberi kesan kepada LADA juga samada dalam bentok pendapatan kepada LADA dan imej LADA itu sendiri,.
Perkhidmatan kereta kabel untuk tujuan pelancongan memang berisiko tinggi. Ini kerana ianya melibatkan aspek2 teknikal yang amat rumit dan memerlukan tahap kemahiran yang tinggi dan semangat kental.. Sedikit kesilapan dan kecuaian boleh mengundang risiko yang amat tinggi iaitu risiko kematian dan kecederaan dan risiko kehilangan kepercayaan kepada perkhidmatan SkyCab Langkawi ini. Sebab itu keselamatan kereta kabel ini diberikan keutamaan tertinggi oleh syarikat dan penyelenggaraan setiap hari adalah amat diberi perhatian oleh Syarikat.
Untuk membaiki kerosakan bukan sesuatu yang mudah kerana ianya terletak ditempat yang tinggi dan tidak boleh dilalui oleh kenderaaan.. Kalau hendak diperbaiki kerosakan juruteknik akan bawa alat ganti hanya melalui jalan-jalan trek hutan yang curam sahaja iaitu dengan berjalan kaki.. Saya difahamkan untuk membawa alat ganti ke tempat yang rosak itu mengambil masa hampir 3 jam.. dan dalam keadaan gelap yang tentunya merbahaya kerana banyak binatang buas seperti babi hutan dan ular dan sebagainya. Nasib menyebelahi kerana tidak ada hujan atau angin kuat pada sepanjang waktu kejadian tersebut. Jika ada hujan dan ribut , bertambah sukar untuk membawa alat ganti dan makin lama masa diambil untuk membaikiya dan semakin panik pada mereka yang berada dalam gondola yang tergantong beribu kaki dari paras daratan. Inilah cabaran yang terpaksa dihadapi oleh pasukan penyelamat dan pasukan juruteknik terlibat.
Bila berlaku kejadian seperti ini dua perkara yang perlu diberi perhatian utama iaitu bagaimana hendak menyelamatkan mereka yang ada dalam gondola yang tergantong serta mereka yang terperangkap diatas gunung sana untuk dibawa turun dan satu lagi ialah bagaimana untuk menangani isu kerosakan mekanikal yang berlaku itu.
Alhamdulillah , dengan tahap profesional kakitangan syarikat yang tinggi dan bantuan logistik dan tenaga dari agensi-agensi penyelamat, maka pada akhirnya segalanya dapat diselesaikan pada hari itu juga walau sudah hampir tengah malam.. Tidak ada apa-apa kemalangan berlaku, segalanya berjalan lancar...
Kebajikan semua pengguna yang terlibat diberi perhatian sebaik mungkin dalam semua aspek samada rawatan perubatan, bekalan makanan, pengangkutan dan penginapan yang mana berkenaan. Saya harap perkhidmatan SkyCab ini akan berterusan sampai bila-bila dan masih menjadi tarikan utama pelancong ke Pulau Langkawi. Tidak ada apa yang hendak dirisaukan.. Tahap keselamatan kereta kabel ini dalah terbaik dan sentiasa diberi keutamaan samada oleh Syarikat Panorama Sdn Bhd ataupun syarikat yang membekalkan peralatan-peralatan SkyCab ini.
Semoga apa yang berlaku ini wajar diambil ikhtibar dan langkah-langkah penambahbaikan perlu diambil oleh Syarikat Panorama Sdn Bhd agar peristiwa seperti ini tidak berlaku lagi , atau kalau berlaku juga ianya dapat diselesaikan dalam masa yang lebih singkat lagi.
Ľ

No comments:
Post a Comment