Catatan : Mohd Asri Redha
Tarikh : 12 April 2018
Assalaamualaikum wbt.. Selamat Pagi semua.. Saya berdoa semua sahabat2 blog saya ini dirahmati Allah SwT sepanjang masa dan sihat walafiat.. aamiin.
Pagi ni saya menghadhiri Majlis Bersama Rakyat Langkawi di di Dewan MIEC .. Tetamu VVIP ialah YAB Perdana Menteri Malaysia.. LADA terlibat juga sebagai penganjur bersama program ini.. Banyak juga pengumuman2 gembira untuk rakyat Langkawi yg diumumkan oleh YAB Dato Seri Najib Tun Razak... LADA sendiri mendapat berita yang positif juga bila YAB PM umumkan Blueprint Pelancongan Langkawi 2 (2016 - 2020) akan diberi pertimbangan sewajarnya sedikit masa lagi. Ini bermakna rancangan-rancangan dalam Blueprint Pelancongan Langkawi 2 telah ada dalam pengetahuan YAB Perdana Menteri dan kita berdoa semoga kelulusan peruntukan akan diperolehi segera dalam tempoh terdekat. Bagus juga dekat2 PRU ini mcm2 durian runtuh turun mai.. semuanya untuk orang Pulau Langkawi juga..
Selepas majlis selesai saya masih melepak kat dewan melihat sekitar dewan ini untuk melihat apa penambahbaikan boleh dibuat dan pemeriksaan kebersihan sekitar . Dewan ini adalah dibawah tanggungjawab LADA keseluruhannya.. Memang besar dewan dan untuk perbelanjaan penyelenggaraannya boleh tahan juga tingginya.. Sementara menanti waktu makan tengahari, tetamu yang ada dihidangkan dengan persembahan hiburan dari band tempatan dan sambil2 leka mendengar lagu2 merdu tu, mai idea pula untuk menulis tengahari ni kat sini.. Itu yang sempat tulis sedikit catatan hari ini
Sebenarnya saya nak cerita bukan peristiwa hari ini, tetapi peristiwa yang berlaku hari Selasa yang lalu iaitu Aktiviti Geo-Volunter LADA bersama TLDM yang diadakan di Pulau Beras Basah, Langkawi.
So.. Saya nak menulis sikit fasal sampah dan kebersihan. Sebenarnya isu-isu sampah dan kebersihan ini memang menjadi perhatian utama saya dimana-mana jabatan. Isu sampah tidak lagi boleh dianggap isu individu tapi ianya sudah menjadi isu universal yang melibatkan semua orang. semua orang tidak dapat lari dari menghadapi isu-isu berkaitan sampah dan kebersihan.
Jika anda rasa pencemaran sampah tidak beri kesan pada ada.. klik kat sini
Tengok video tadi betul tak.. tentu tak betul .. mana ada sampah boleh keluar melalui kepala paip tu.. tapi itu perumpamaan saja... pencemaran sampah sebenarnya akan menganggui keselesaan hidup kita seharian..
Tahukah saudara-saudara ku semua... Setiap hari sebanyak 37,000 metrik tan sampah dihasilkan dinegara kita yang tercinta ini.. Ini bermakna lebih kurang 13.8 juta metrik tan sampah terhasil setiap tahun di Malaysia.. dan dijangka lebih daripada itu. Banyak tu.. Kalau nak kira berat tu dan keluasan kawasan yang digunakan ianya bersamaan 30,000 buah kapal terbang Airbus A380 yang diletakkan dikawasan yang luas.. Saudara-saudara boleh bayangkanlah betapa luasnya kawasan yang digunakan untuk melupuskan sampah. Pembuangan sampah oleh rakyat Malaysia semakin meningkat setiap hari. Kajian yang dibuat menunjukkan pada tahun 2014 rakyat Malaysia membuang sampah lebih kurang 33,000 tan metrik meningkat lebih 100 % dalam tempoh 13 tahun berbanding hanya 16,247 metrik tan sehari pada tahun 2001.
Di Pulau Langkawi ini sendiri lebih 140 metrik tan sampah telah dihasilkan dalam sehari... Pulau yang sebesar inipun menghasilkan jumlah sampah yang agak besar dan ia akan bertambah bila musim-musim puncak seperti cuti sekolah dan hari-hari cuti umum.. banyak tu . Bagi saya isu sampah boleh dikategorikan sebagai kritikal. Kerana menguruskan sampah bukan sesuatu yang mudah dan ianya menelan belanja yang amat besar. Ramai orang tidak menyedarinya dan tidak nampak perbelanjaan yang dibuat. Tapi bila saya duduk bekerja di PBT baru saya nampak dengan jelas tentang kos pengurusan sampah sebenarnya amat tinggi. Isu sampah juga memberi kesan isu alam sekitar yang amat berisiko tinggi yang membawa pencemaran alam sekitar yang besar. .Jadi sewajarnya ianya ditangani dengan sebaik mungkin oleh semua pihak agar sampah yang dihasilkan itu dapat dikurangkan semaksima mungkin.
Walaupun LADA tidak terlibat secara langsung dalam hal-hal berkaitan pelupusan sampah ini, tetapi atas rasa tanggungjawab sebagai organisasi yang mendokong usaha-usaha melestarikan alam sekitar dipulau ini, banyak juga program-program yang diaturkan bagi membantu pihak berkuasa tempatan dalam kerja-kerja pembersihan dan pelupusan sampah disamping terlibat dalam melaksanakan program-program kitar semula serta penghijauan alam sekitar ini.
Pengikhtirafan Langkawi sebagai Langkawi UNESCO Global Geopark sejak 2007 telah meningkatkan lagi rasa kebertanggungjawaban LADA untuk menguruskan Pulau Langkawi ini secara lebih menyeluruh yang merangkumi pemuliharaan, pendidikan, pembangunan dan pengurusan sisa pepejal secara yang lebih lestari dengan alam semulajadi indah yang ada di Pulau Langkawi ini.
Hari ini saya berkesempatan turut sama dalam program Geo Volunteer LADA bersama TLDM Langkawi mengadakan gotong royong pembersihan kawasan di Pulau Beras Basah, Langkawi. Pulau ini memang menjadi tarikan pelancong kerana pantainya yang cantik dan pemandangan yang indah.
Sayangnya kecantikan dan keindahan yang dimiliki di Pulau Beras Basah ini tidak dihargai oleh segelintir manusia-manusia yang tidak mempunyai perasaan.. Sebab itu dipulau ini saya lihat begitu banyak sampah-sampah yang sukar dilupuskan secara semulajadi seperti plastik dan tin-tin minuman dan seumpamanya.. Kawasan ini kurang terjaga sebab tidak ada agensi yang menguruskannya secara yang lebih teratur dan sebahagian besar pulau ini pula mempunyai pemilik.. Sebab itu saya lihat keadaan tidak terurus dari segi kebersihannya..
LADA mengambil inisiatif untuk mengaturkan bersama pihak TLDM, SW Corp, E Idaman, para sukarelawan serta lain2 pihak yang amat bekerjasama dengan LADA bagi melaksanakan gotong royong mengutip sampah-sampah yang berselerakan dipulau ini.. Dalam tempoh 2 jam saja berlambak sampah yg boleh dikitar semula dapat dikutip.. 2 bot khas yg digunakan untuk bawa sampah tu penoh sarat dgn sampah kitar semula. Sampah ini akan dibawa ketapak pengasingan sampah .. untuk diasingkan. Saya lihat banyak sampah yg tak terkutip lagi.. punya banyak sampah dipulau nii.. nak kena ator lain lagi... kena cari lagi sapa sukarelawan yang mahu turut serta selepas ini..
Untuk mengubah mentaliti rakyat supaya lbh menghargai alam semulajadi ini.. bukan sesuatu yg mudah.. malahan pada operator pelancongan yg mencari makan dengan mengeksploitasi alam semuladi yang ada pun sukar.. sepatutnya mereka lbh membantu apa yg sedang diadakan /usahakan oleh agensi2 dan sukarelawan yg berusaha bersungguh- sungguh membersihkan kawasan pelancongan..
Hari saya buat aktiviti ini saya bawa rombongan kami kepulau ini menggunakan bot-bot pelancong yang diusahakan oleh penduduk tempatan.. Lebih 15 buah semuanya LADA sewa.. Masa saya dan sukarelawan bergotong royong kutip dan cuci sampah dipantai pulau ini, saya lihat pengusaha-pengusaha bot tengok saja apa yang kami buat.. depa berkumpul bawah pondok dok bersembang sembang ... Saya tak pasti ada tak yg ikut serta ..kalau adapun tak ramai, tp ramai dok saja laa.. itulah suasananya.. sedangkan Pulau pelancongan ni tempat mereka cari makan.. mereka kena lebih perihatin bab2 mcm ini dan buat kerja lebih dari orang lain.. kalau Pulau ni tercemar dan orang pun tak mahu datang lagi.. periok nasi mereka juga yg akan terjejas.. Itu yg saya kata mencabar dlm usaha2 memberi kesedaran kpd semua pihak dlm hal2 penjagaan alam sekitar ni..
Walau bagaimanapun keadaan semacam ini tidak akan melemahkan semangat saya dan sahabat-sahabat yang prihatin.. usaha berterusan perlu dibuat dalam memberi kesedaran alam sekitar ini kepada semua orang..
Ok .. jumpa lagi dalam program gotong royong lain pula... jangan segan-segan semawa diri ya untuk turun gotong royong... tak kira pangkat besar mana... kita pakat2 turun bila ada kelapangan dan kesempatan.
Semua link dibawah ini merupakan catatan-catatan saya yang berkaitan sampah, kebersihan, kitar semula , gotong royong dan seumpamanya.. kata orang cakap seperti bikin..
http://semangatjatinewcity.blogspot.my/2015/06/penghargaan-sebenar.html
http://semangatjatiptks.blogspot.my/2012/03/orang-islam-wajib-menjaga-kebersihan.html
http://semangatjatimbas.blogspot.my/2013/09/kecelaruan-minda-dalam-hal-kebersihan.html
http://semangatjatimbas.blogspot.my/2013/08/semua-warga-bandaraya-alor-setar-ada.html
http://semangatjatimbas.blogspot.my/2013/02/malaysia-ku-indahbandaraya-alor-setar.html
http://semangatjatinewcity.blogspot.my/2015/06/tahniah-taman-sri-merbok-pendang.html
http://semangatjatinewcity.blogspot.my/2015/06/amalan-menghargai-kebersihan-itu.html
http://semangatjatinewcity.blogspot.my/2015/07/perhimpunan-dwi-bulanan-pejabat-daerah.html

No comments:
Post a Comment