Monday, July 2, 2018

Berkemerahan .. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang LADA 2017

Catatan:  Mohd Asri Redha
Tarikh:    03 Jun  2018
Tempat:   ADYA HOTEL


Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera buat semua sahabat-sahabat yang sudi membaca catatan aktiviti saya ini..  Petang ini saya masih berada di Auditorium LADA ini mengikuti Taklimat Pengisian SKT dan Penilaian LNPT Kepada Warga LADA.. Sengaja saya dan BSMKP LADA aturkan taklimat ini memandangkan banyak sangat saya ketemu  kelemahan2 dalam pengurusan penilaian prestasi.. Keadaan ini berlaku  kerana saya rasa kekurangan kefahaman berkenaan penilaian prestasi dikalangan anggota baik diperingkat pegawai-pegawai kanan  maupun diperingkat yg lebih bawah.

Taklimat ini diberikan oleh en. Syamsul Nizam b. Mohd Razali Tim Pengarah Bhg Perkhidmatan, JPA.. Bila dengar taklimat ini baru tahu bahawasanya banyak lagi kekurangan pada diri berkenaan perkara ini.. Walaupun sudah bekerja lebih 30 tahun dah.. sedarilah ilmu pada diri ini amat kurang sekali .


Saya amat berterima kasih pada penceramah yg memberikan panduan yg amat berguna dalam mengisi Borang Penilaian Prestasi dan juga memberikan panduan pada Pegawai Penilai membuat penilaian pada pegawai bawahannya.

LADA juga menganjurkan bengkel khusus bagaimana caranya membuat pengisian SKT dll dalam borang penilaian prestasi yang disediakan dalam sistem HRMIS . Ianya dibimbing oleh Puan Siti Khatijah bt Hamzah, KPSU Unit Kemajuan Kerjaya, Kementerian Kewangan. Jadi tidak ada sebab pengisian borang penilaian dan pengisian Sasaran Kerja Tahunan menjadi masalah dan melambatkan proses . Semuanya disusun atur dengan sebegitu rupa bagi memudahkan anggota pentadbiran LADA melaksanakan tanggungjawab yang amat penting itu.

Tahniah kepada anggota LADA yg mampu hadhir dlm taklimat ni.. Lepas ni nampak la sikit idea yg jelas utk mengisi borang penilaian termasuk menetapkan SKT dan membuat penilaian. Rugi sangat pada mereka yang tidak hadhir taklimat ini.. Saya harap tahun depan penilaian prestasi staf LADA akan dapat diselesaikan dalam bulan Januari dan bulan February bolehlah diadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang..

Catatan-catatan lain berkaitan Penilaian Prestasi.. klik saja kat link tersebut

https://semangatjati.blogspot.com/2009/06/ptk.html
https://semangatjatimbas.blogspot.com/2014/01/isi-tak-lagi-borang-penilaian-prestasi_22.html
https://semangatjatimbas.blogspot.com/2013/06/tahniahtahniah-tahniah-anugerah.html
https://semangatjatimbas.blogspot.com/2014/06/anugerah-perkhidmatan-cemerlang-tahun.html

Teringat pula saya program APC LADA 2017 yang telah diadakan pada 14 Mei 2018 sebelum bulan Ramadhan yang lalu.. jadi sambil2 dok dengar taklimat dari Pegawai JPA tu.. sempat juga saya coretkan peristiwa yg menjadi kenangan kepada Pegawai2 yang menerima APC 2017...


Kali ini saya mulakan dengan gambar dulu ya.. jangan kata apa ya..  fasal pakai pakaian agak over sikit pula nampaknya.. Berkemerahan semuanya..Sebenarnya bukannya nak tunjuk lagak apa-apa hanya sekadar nak memenuhi tema majlis yang diadakan  ini.. Anak-anak buah saya ni bab mengator program2 macam ni memang hebat dan kreatif.. So biarkan mereka dengan kerajinan dan kreativiti agar apa yg disusun atur akan nampak lebih hebat.  Sebab itulah saya tak mahu campur tangan  apa-apa yang mereka buat. Kreativi dan inovasi serta kerajinan mereka, saya serahkan sepenuhnya.. Jadi  majlis ini berjalan lancar seperti mana yang dihajatkan.. Saya ucapkan tahniah kepada semua anak2 buah saya yang terlibat menjayakan majlis yang amat bermakna ini.

Majlis ini menjadi lebih bermakna pada mereka yang terlibat menerima Anugerah Perkhidmatan LADA 2017 dan Anugerah Khas Ketua Pegawai Eksekutif  2017/2018..  Sesungguhnya pengiktirafan yang diberi ini diharapkan akan dapat melonjakkan lagi prestasi anggota kakitangan LADA dalam kerja-kerja harian mereka. Memandangkan bukan semua yang dapat diberikan anugerah walaupun prestasi cemerlang kerana  tertakluk kepada kuota yang ditetapkan, tetapi atas inisiatif KPE satu anugerah khas telah diujudkan untuk memberi pengiktirafan kepada lain-lain anggota yang tidak termasuk dalam kategori  yang ditetapkan mengikut kuota.. Sekurang-kurangnya ianya memberi sedikit kelegaan dan semangat kepada anggota lain yang terlibat.

Dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Lembaga Pembangunan Langkawi 2017 , seramai 28 orang telah dianugerahkan APC manakala 113 orang lagi telah diberi Anugerah Khas KPE . Untuk yang mendapat APC mereka diberikan hadiah Sijil Simpanan Premium bernilaiRM1000.00  dan Sijil Penghargaan, manakala yang mendapat Anugerah Khas KPE diberi Sijil Penghargaan dan Cenderahati. Bukan wang ringgit sangat menjadi buruan, tapi yang pentingnya PENGIKTIRAFAN itu yang penting sekurang-kurangnya setiap kerja buat anggota dihargai oleh pengurusan atasan.

Semoga majlis yang diadakan disebuah hotel terkenal ini akan memberikan kenangan manis yang tidak dapat dilupakan ..




























No comments:

Post a Comment