Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh .. 15 Julai 2018
Tempat.. Ombak Villa Resort
Assalaamualaikum WBT dan ... Selamat Siang..
Pelbagai usaha dilaksanakan oleh LADA dalam meningkatkan lagi kedatangan pelawat ke Pulau Langkawi.. pada masa yang sama ianya akan meningkatkan lagi penggunaan produk-produk pelancongan di Pulau Langkawi samada dalam bentok perkhidmatan dan pembelian barang dan sebagainya.. Banyak pendekatan kreatif dan inovasi yang dilaksanakan oleh LADA untuk tujuan. ini.
Hari ini saya hendak menceritakan bagaimana produk-produk Langkawi dapat diketengahkan kepada orang-orang luar yang sedang mencari-cari tempat menarik untuk dilawati dalam negara.
Kita sedia maklum di Pulau Langkawi banyak produk-produk pelancongan yang tersedia secara semula jadi dan juga produk yang dibawa masuk dan dibuat di pulau Langkawi ini. Ada berpuluh-puluh produk pelancongan di Pulau Langkawi Permata Kedah ini. Saya tidak mahulah untuk menyenaraikannya satu persatu apa yang ada di Pulau ini, tapi jika perlu juga bolehlah melayari Laman Web LADA sendiri dan pencarian melalui media-media elektronik dan internet... Ada beratus-ratus catatan berkenaan Langkawi ada dalam pelbagai laman web, blog, goggle dan sebagainya. Segala macam ada kat Pulau ini dan tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan pulau-pulau pelancongan lain di seluruh dunia.. Cumanya di Pulau ini kita tidak adalah menyediakan produk-produk pelancongan yang tidak bermoral seperti perjudian dan pelacoran yang terdapat disetengah-setengah negara.. Pada setengah negara kegiatan itu seolah-olah direstui oleh kerajaan mereka. Sebab itu dalam bab ini kalau itu menjadi tarikan pelancong , maka Langkawi tidak mampu untuk menyediakan perkhidmatan tersebut dan saya mengharapkan selama-lamanya begitu.
Sebanyak mana produk yang ada dan sehebat mana produk pelancongan yang ada di Langkawi , tapi kalau orang luar tidak tahu akan produk tersebut, tentunya tidak ada maknanya.. Untuk itu kegiatan promosi dan pengiklanan memainkan peranan yang amat penting supaya orang awam diserata dunia tahu akan apa yang ditawarkan di Pulau Langkawi. Selalunya pemilik produk pelancongan tersebut yang akan mencari pelanggan mereka diserata negeri dan dunia dengan pelbagai cara dan pendekatan samada mengambil bahagian dalam pameran-pameran pelancongan dalam dan luar negara dan juga melalui pengiklanan dalam media masa , internet, billboard, dan sebagainya.. Dalam dunia digital sekarang ini pelbagai pendekatan kreatif diambil bagi mengenengahkan produk-produk pelancongan masing-masing.
Bagi memperhebatkan lagi usaha memperkenalkan produk Langkawi ini, maka LADA dengan kerjasama MiTA serta Pesatuan Pelancongan Langkawi telah mengadakan satu program yang amat berkesan dalam hal ini. Program 'MiTA Business Networking Session With Tourism Players Of Langkawi' telah diadakan di Ombak Villa Langkawi pada 14 July 2018.. Menariknya program ini ialah diaturkan pertemuan 4 mata dengan pembeli-pembeli produk yang terdiri agent pelancongan (buyers) dari serata Malaysia dengan pemilik-pemilik produk pelancongan di Pulau Langkawi. Lebih dari 40 agen-agen yang menguruskan lawatan-lawatan dalam negara telah dijemput mengambil bahagian dalam program B2B ini.. Melalui pertemuan ini, pihak pemilik produk bolehlah menawarkan pelbagai insentif dan pakej yang menarik bagi sesiapa yang hendak datang melawat ke Pulau Langkawi,. Mereka boleh menerangkan dengan lebih terperinci akan keunikan dan kehebatan produk yang mereka ada manakala agen-agen pelancongan luar dari Langkawi sebagai 'buyers' dengan maklumat yang diperolehi secara langsong ini bolehlah menyediakan pakej menarik untuk pelanggan-pelanggan mereka dari serata negeri dan negara untuk datang ke pulau Langkawi ini.. disamping tolong mewar-warkan produk tersebut.
Disamping pertemuan di Hotel ini, 'buyers' yang datang itu juga dibawa melawat untuk melihat sendiri dan merasai sendiri pengalaman menggunakan produk-produk pelancongan yang disediakan.. Ini akan menambahkan pengalaman 'buyers' itu sendiri dan memudahkan mereka untuk menerangkan pada pelanggan mereka di luar Pulau Langkawi.
Tanggongjawab LADA adalah menyediakan ruang dan peluang kepada pemilik produk tempatan untuk mengambil pendekatan yang lebih proaktif dan kreatif dalam memasarkan produk mereka seperti ini selain mereka sendiri yang bertindak memasarkan produk mereka. Ini merupakan nilai tambah kepada kempen pemasaran mereka dalam meningkatkan lagi jualan produk yang mereka ada.
Saya berharap dengan apa yang dibuat oleh LADA ini akan meningkatkan lagi kedatangan pelancongan ke Pulau Langkawi Permata Kedah ini. Bagitu juga saya berharap pihak 'buyers' yang datang dari seluruh negeri itu akan berusaha memasarkan produk2 pelancongan Pulau Langkawi ini kepada pelanggan-pelanggan berkualiti mereka diluar sana..
Satu produk yang amat bernilai tinggi ialah apabila Langkawi di istiharkan sebagai Langkawi Unesco Global Geopark yang diperolehi dalam tahun 2007. Dengan pengikhtirafan ini maka Langkawi diterima sebagai sebuah pulau yang mementingkan pembangunan secara lestari, yang merangkumi pemuliharaan alam semulajadi serta pemuliharaan geowarisan seperti monumen dan geotapak. Pengikhtirafan ini perlu diwar-warkan diserata dunia agar pelancong tahu bahawa dipulau ini segala-galanya ada untuk dinikmati dan bebas dari kecelaruan alam sekitar serta selamat sepenohnya
Jumpa lagi..

habaq awai2 ..gambar ini edit sahaja... |
No comments:
Post a Comment