Monday, July 16, 2018

MULU .. Mencabar Diri Mencari Pengalaman Ekstrem

Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 09 Julai 2018


Assalaamualaikum WBT .. dan selamat pagi... ketemu lagi ya dalam catatan2 blog saya yang tak secanggih mana.. hanya sekadar catatan biasa pengalaman saya saja.. Cerita yang saya nak tulis ini telah lama berlalu, cuma hari ini baru saya terasa nak tulis balik bagi siap juga. Itupun seminggu dua ni ada cerita fasal budak2 Siam yang terperangkap dalam gua Tham Luang Cave di Chiang Rai, Thailand.. Tidak terfikir saya bagaimana 12 orang budak-budak tu masuk jauh ke dalam gua tersebut beberapa km jauhnya dan akhirya  terperangkap disebabkan air hujan berterusan dan tidak surut-surut... 10 hari terperangkap didalam gua tanpa apa-apa persediaan dan bila sudah dijumpai bermasalah pula untuk dikeluarkan dengan keadaan sebahagian lorong masuk terlalu sempit, berair air berlumpur, dan gelap gulita serta lorong gua jauh kedalam beberapa KM... Kerja-kerja menyelamat yang dilaksanakan memang mencabar tenaga dan fizikal serta minda  , .. Namun pada akhirnya berbaloi setelah semuanya berjaya dikeluarkan dengan selamat tapi dengan pengorbanan kematian seorang anggota penyelamat..  Amat menarik kalau operasi menyelamat ini difilemkan kerana dlm kerja2 menyelamat ini banyak cerita2  menarik yg boleh menjadi pengajaran dan ilmu yg bermanafaat.. ada emosi, teknologi, kesukarelaan, team building, kerjasama antarabangsa, kepakaran, kehebatan dan ketahanan manusia dan sebagainya..

Jadi ceritanya fasal GUA.  Pada 13 Mac 2018.. saya berada di Camp 5 dalam Hutan Simpan Sarawak yang amat luas terbentang... Tentu nak tau kan kenapa saya berada disini... ini yg saya nak cerita..

Sebenarnya sejak 11 Mac lagi saya bersama 3 orang anak buah saya di LADA sudah berada di Mulu Sarawak dalam misi kami adalah untuk menjelajah gua-gua dan tempat-tempat menarik tumpuan pelancong yang berada disekitar Mulu Sarawak.. Sudah tentu Gua Mulu Sarawak yg terkenal itu menjadi tarikan utama untuk dilawati ... dan team saya akan belajar bagaimana Pihak Berkuasa Taman Negara Sarawak menguruskan kawasan alam semulajadinya sebagai kawasan tumpuan pelancongan.. saya akan ceritakan satu persatu.....
 
Perjalanan ke Mulu mengambil masa selama 1 jam 30 minit dengan perjalanan udara dari Kuching ke Mulu dgn menaik pesawat Mas Wing. Boleh juga dengan perjalanan darat yg jaraknya beratus  km dan tentunya memenatkan.. kalu sapa yg nak ke Mulu elok guna pengangkutan udara la..  tidak memenatkan sebab kat Mulu lagi memenatkan ... bila hendak melawat tempat yang ada di Tapak Warisan Dunia di Mulu ini.. Semuanya kena berjalan kaki. Untuk melawat gua-gua yang menarik di Mulu ini kami terpaksa berjalan kaki beberapa kilometer jauhnya serta mendaki dan menuruni gaung .

Mulu terkenal dgn gua-guanya yg menarik dan luas..  .. Saya dimaklumkan ada beratus ratus gua disekitar Taman Negara Mulu ini dan ada keunikan tersendiri setiap satunya.. disamping itu gunung ganangnya membentok formasi2 yg menarik yg juga sesuai untuk dinikmati pemandangannya.. Sebab itu walau susah mana dan mencabar sekalipun utk ketempat-tempat seperti ini .. ramai yg datang juga mencabar diri .. termasuk saya yg sudah 5 siri ni... kadang-kadang tu terfikir juga kenapa  la menyusahkan diri untuk semua itu..

Apa yang cuba kami pelajari ialah bagaimana Kerajaan Sarawak menguruskan gua-guanya dan menjadikannya sebuah tempat yg menarik untuk pelancongan alam semulajadinya. Saya amat menghormati pelancong- pelancong asing datang dari serata dunia semata-mata untuk melihat gua dan formasi batu-batan , hutan dara serta kehidupan rakyat tempatan disini. Mereka sanggup bersusah payah datang dan tinggal dalam camp yang penoh dengan nyamok dan terpaksa berjalan kaki melalui denai-denai hutan yang tebal serta merbahaya pula  dan menyukarkan untuk sampai ke destinasi yang dituju. Ada nikmat tersendiri bila melakukan aktiviti-aktiviti seperti ini bagi yang mengetahui dan berminat.

Di Langkawi,  sudah pun ada pelancong2 seperti ini yg datang untuk mencabar diri dengan pengalaman  ekstrem yang terdapat pada produk2 pelancongan tertentu di Langkawi.. Ianya perlu di pertingkatkan lagi kerana trend terkini semakin ramai pelawat datang untuk sekadar menikmati keindahan alam semulajadi, lihat flora dan fauna,  memerhati burung, menikmati keindahan hutan Langkawi, 'camping', memancing, mendaki, melawat gua2 yg ada dan seumpamanya. `Di Pulau Langkawi terdapat 10 gua yang mudah diakses oleh pelawat seperti Gua Wang Buluh, Gua Wang Lebah, Gua Landak, Gua Kelawar, Gua Cerita, Gua Langsir, Gua Buaya, Gua Pinang, Gua Dedap dan Gua Pasir Dagang. Tapi gua-gua ini tidak lah sebesar gua yang terdapat di Mulu. Saya sendiri  tidak sampai lagi ke semua gua tersebut. Sesuai sangat gua ini dijadikan sebagai Langkawi Cave Tourism dengan sedikit penambahbaikan infrastruktur sekelilingnya termasuk jalan masuk.

Memang di Mulu tidak apa yg menarik dari segi pembangunannya. Penduduknya lebih kurang 300 orang sahaja terdiri dari kaum Iban, Bidayuh, dan Penan... Hanya ada sebuah hotel sahaja yang agak baik bertaraf 4 bintang yang beroperasi di Mulu in iaitu Hotel Marriot Mulu. Menariknya hotel ini  yang dikelilingi oleh hutan semulajadi dan terletak ditepi sungai . Disini juga terdapat penempatan penduduk asli  Penan disepanjang tebing sungai Melinau.. Saya sempat singgah dipenempatan Penan dalam perjalanan ke Kem 5..  Dipenempatan ini saya melihat hasil-hasil kraftangan mereka.. tapi agak mahal juga untuk dibeli  berbanding kualiti kraftangan mereka. Majoriti mereka beragama kristian... Mubaligh kristian lebih cepat dan cekap dalam menjalankan kerja-kerja  dakwah mereka. Di sinilah kelemahan pendakwah Islam termasuk saya  dalam meneroka masuk ke kawasan-kawasan pendalaman seperti ini... orang Islam gagal dari sudut ini.

Mulu menawarkan alam semulajadinya yang unik terutamanya gua dan gunung dalam hutan yang masih tidak terganggu dengan aktiviti pembalakan .. Sungainya masih lagi jernih dan tidak tercemar. Cuma banyak berlaku hakisan-hakisan tebing sungai yang agak ketara dan terlalu banyak kayu-kayu pokok mati dalam sungai yang kadang-kadang menganggui perjalanan bot panjang sepanjang sungai yang ada... Sepatutnya Pihak Berkuasa Sarawak melakukan kerja-kerja pembuangan tunggul dan batang-batang pokok mati yang banyak ada dalam sungai ini dan juga mendalam sedikit tempat-tempat yang terlalu cetek agar perjalanan bot-bot tidak terjejas seperti mana yang bisa kumpulan saya alami , dimana terpaksa turun beberapa kali dari bot untuk tolak bot panjang tersebut. Letih dan memenatkan bagi orang seperti saya kalau kena buat macam ini selalu.. tapi memang mencabar diri... Mungkin lebih ramai lagi pelancong akan datang mengunjungi kawasan ini melalui sungai ini jika laluannya tidak sesukar seperti yang berlaku sekarang ini.

Misi utama lawatan kami ialah untuk meneroka gua dan juga mendaki gunung melihat struktur pinacle yang terjadi hasil dari perubahan suhu dan alam sekitar sejak berjuta tahun yang dahulu..

Sebab itu untuk pakej melawat pinacle tour , tempatnya agak pendalaman dan terpaksa menyusuri sungai Melinau yang amat mencabar itu selama lebih kurang 2 jam. Cumanya jeti perhentian permulaan perjalanan kaki dari sungai ke kem 5 agak lekeh sangat.. tak dibuat dengan baik.. Terpaksa kerabat tebing sungai dan memegang akar-akar pokok yang berjuntai untuk naik ketebing sungai. Dari situ kami terpaksa meredah denai-denai hutan dara sejauh lebih kurang 9 km. ke kem 5 tempat bermalam seadanya... di kem yang terletak jauh dari pengangkutan awam dengan berlatarbelakangkan sungai yang jernih airnya serta gunung yang tinggi. Sampai dikem 5 kami diberi taklimat berkenaan program pendakian gunung pinacle tersebut... Memang nampak mencabar dan merbahaya juga.. yang pada akhirnya saya tidak berani untuk mencuba nasib untuk mengelakkan risiko yang agak bahaya apatah lagi dalam keadaan umur 5 siri ni..  Hanya 2 orang anak buah saya sahaja yang mampu untuk mendaki gunung dan dapat melihat pemandangan pinacle tersebut..  Memang merbahaya pendakian tersebut  . Sebab itu 2 minggu selepas saya kembali ke Langkawi , saya dapat berita ada pengembara British  yang telah terjatuh dan meninggal dunia , sepertimana keratan akhbar yang saya paparkan dibawah. Walaupun berisiko tinggi tapi tempat ini tetap ada peminatnya dan setiap hari ada sahaja kumpulan-kumpulan pengembara dan orang persendirian yang datang ke sini untuk menikmati pemandangan pinacle tersebut.. Jadi mengikut pengalaman saya sebelum datang melawat ke Mulu, pastikan tahap kecergasan adalah tinggi. Untuk melawat Clearwater dan Wind Cave memerlukan naik tangga yang agak tinggi dan condong. Begitu juga untuk ke Gua Rusa kena naik tangga, dan panjat masuk ke dalam lubang gua yang agak sempit, kalau waktu hujan lebat kena harungi sungai didalamnya dan pacat banyak sekali.

Oklah.. rasanya saya tidak banyak lagi untuk dituliskan.  sebahagian cerita-cerita saya disana ada saya paparkan gambar-gambar berkaitan dan ulasan terhadap gambar-gambar tersebut secara detail disitu.... Di Pulau Langkawi ini ada banyak juga gua-gua yang menarik untuk dilawati tetapi ia tidak lah sebesar seperti mana beberapa gua yang ada di Mulu itu. Pengalaman yang diperolehi disana amat berguna untuk dijadikan asas bagaimana untuk membangunkan gua-gua sebagai tempat pelancongan yang menarik..  Pulau Langkawi perlu ditambahbaikkan dari segi produk-produk pelancongan yang baru , terutama  yang berkaitan dengan alam semulajadinya selain produk-produk fizikal yang dibangunkan. Sesuai dengan taraf Langkawi yang diikhtiraf Langkawi Unesco Global Geopark  penekanan kepada produk-produk keindahan alam semula jadinya perlu diketengahkan dengan sebaik mungkin kerana semakin ramai pelancong yang berminat akan hal-hal tersebut.

Ok , ketemu lagi.


Anggota misi..
Mohd Asri Redha,
Azmil Munif b. Mohd Bukhari,
Sharifah Aemee Dianna bt Syed Mohamed.
Fakhrul Razzi b. Yaacob





Pakaian dalam hutan kena sesuai terutama kasut, seluar 
dan baju .. Selipar jangan sekali-kali.

Perjalanan ke Kem 5 sepanjang 9 km terpaksa
meredah denai-denai hutan dan juga titi 3 titi
gantong seperti ini.


Singgah dipenempatan kaum Penan di Kg Batu, ketika
dalam perjalanan sepanjang Sg. Melinau ke jeti ke Kem 5

Pihak HQ Gunung Mulu National Park menyediakan 
tempat khas untuk para pengunjung berehat menikmati 
pemandangan indah diwaktu senja bila beribu-ribu 
ekor kelawar keluar berkumpulan dari gua dibelakang
saya untuk mencari makan diwaktu malam/.. 
Memang banyak gila....  Untuk sampai ketempat ini
Bat Observatory Area terpaksa berjalan kaki sejauh
3.8 km.. dan bersebelahan gua itu ada lagi gua Lang Cave
dan Deer Cave. Deer Cave adalah gua terbesar didunia dgn
panjang  3KM dan tinggi hingga 90 meter. Dianggarkan
2.5  - 3.5 juta kelawar mendiami didalamnya dan kelawar
ini akan keluar mencari makan antara jam 5.00 - 7.00 ptg



Peta lakar dari Camp 5 ke Pinacle View Point.. Untuk sampai ke View Point tersebut
pendaki terpaksa memanjat 17 tangga yang curam... Saya difahamkan untuk turun
ke bawah lebih sukar dan bahaya berbanding mendaki naik...








Berada dalam gua Deer Cave...  besar sungguh gua ini.
didalamya begitu banyak tahi kelawar yang dibiarkan
begitu sahaja... Kalau tak kawal ramai akan masuk  ambil
tahi kelawar ini buat baja.. walaupun tahi kelawar begitu
banyak dan nampak tebal himpunanya,  tak pula berbau
yang menyengitkan

Tempat permulaan untuk ke atas
Pinacle View Point ... setakat ini sahaja
saya mampu .. ke atas lagi tu .. bagi anak
buah sahaja teruskan.. Kalau naik ambil masa
3 jam dan turun ambil masa 5 jam kerana turun
lebih sukar walaupun jarak pendakian hanya
2.4 km?





\

Mengambil kesempatan lawatan ke Mulu ini saya sempat
bersama Team LADA yang pada masa yang sama sedang
mengadakan pamiran dan promosi Pulau Langkawi di
MATTA FAIR Kuching Sarawak.



Ok , ketemu lagi.











No comments:

Post a Comment