Monday, August 20, 2018

Team Building LADA 2018.. Mencabar Diri..

Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh..20 Ogos 2018

Assalaamualaikum WBT.. catatan kali ini  mau cerita apa yaa.. tentunya fasal aktiviti saya di LADA yaa..

Kejayaan sesebuah organisasi adalah bergantong kepada bagaimana semua anggota organisasi itu dapat bergabong tenaga dan bekerjasama antara mereka. Tidak ada sesiapa boleh mendabik dada mengakui bahawa kejayaan organisasi itu hanya kerana dirinya semata-mata. Tak mungkin itu boleh berlaku... Sebab itu semangat kekitaan dan semangat kerja berpasukan itu amat penting dipupuk dikalangan anggota kerja .. . Di LADA sendiri yang mempunyai kakitangan yang agak ramai juga, semua anggota kerja perlu dijurus kearah tersebut supaya tidak ada sesiapa boleh bersikap individualistik...  Melalui Kerja Berpasukan organisasi akan dapat meningkatkan hasil tanpa meningkatkan sumber kerana kerja berpasukan melibatkan gabongan usaha, pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang dapat menghasilkan prestasi kerja yang lebih tinggi berbanding jika dilakukan secara bersendirian. Dari pemerhatian saya ada beberapa  nilai yang telah dipraktikan oleh peserta semasa kursus/latihan dilaksanakan itu iaitu, Matlamat Yang Sama, Tanggungjawab Bersama, Saling Percaya Mempercayai,  Berkongsi Idea, Saling Bantu Membantu, Bertolak Ansor, Bermusyawarah dan Bekerjasama.....  Inilah sebenarnya yang saya nak terapkan dalam kursus seperti ini kerana ianya ada kaitannya dengan kerja seharian di pejabat... Walaupun nampak macam main-main dan lawak-lawak tapi sebenarnya pengajaran dari aktiviti-aktiviti itu yang terserap dalam hati sanubari peserta.

Atas sebab itu apabila anak-anak buah mencadangkan untuk mengadakan latihan atau kursus 'Team Building' , saya tidak ragu-ragu untuk memberikan sokongan akan program ini dan jika berkelapangan akan bersedia untuk sama-sama mereka mengikuti kursus ini..

Kursus ini dibuat disebuah tempat peranginan terkenal di Kulim Kedah, iaitu Tree Top Walk.. Ada keunikan tersendiri disini. Hutan yang masih terpelihara, sungai yang jernih airnya, dan alam semulajadinya yang amat menarik dan terpelihara , amat sesuai untuk mengadakan kursus-kursus seperti ini.. Kalau nak mengharapkan duduk di hotel2 berbintang-bintang disini tak adalah.. Di sini hanya kemudahan seadanya tidak mewah2 dan tidaklah lekeh sangat... cukup sekadar untuk mengajar peserta-peserta akan suasana yang sebenarnya dipersekitaran hutan dan kampong..

Alhamdulillah, semasa kursus ini diadakan saya berkelapangan masa dan dapat mengikuti kursus ini walaupun tidak sepenuhnya, tetapi saya dapat melihat dan menghayati sendiri akan usaha-usaha anak-anak buah saya yang berjumlah 40 orang mengikuti kursus ini.. Ada dari kumpulan Pengurusan dan Profesional dan ada juga dari Kumpulan Sokongan. Semuanya sama sahaja darjat dan pangkat bila mengikuti kursus seperti ini... Namun semuanya begitu teruja dan semangat sekali mengikuti kursus ini..Yang takut menjadi berani, yang tak biasa menjadi biasa,  yang geli pacat  masih geli juga, yang tak berani cakap depan publik dah mula berani, yang lemah kembali bersemangat dan banyak perubahan positif dapat dilihat dan  dicapai dikalangan anggota kursus. .

Sekurang-kurangnya  dengan penglibatan mereka semua ini matlamat akhir untuk memastikan setiap keputusan dan kerja dapat dilaksanakan secara berpasukan telah tercapai.. Itu dalam kursus ini.. Cuma saya amat berharap apa  pengajaran yang diperolehi dalam kursus ini dapat diterapkan dalam kerja seharian dipejabat.

Itu saja catatan saya kali ini... terima kasih baca celoteh2 saya nii....



Fakta:
Bilangan Peserta 40 orang
Tempat Penginapan: Tree Top Walk , Sungai Sedim, Kulim
Tenaga Fasilitator : En Suwasdie Che Man (LADA),  Isma Zuber Ibrahim (LADA) dan Mohd Rafis Yahya  (Instruktor luar )



Gambar sudah memberikan makna yang tersendiri.... Yang penting semuanya enjoy dan suka-suka sahaja...  hilang segala ketegangan bila berada disini...






Bertemu sahabat sekerja saya dari 
JPS , Sdr Idrus, Jurutera JPA 
Daerah Kulim / Bandar Baharu


Kalau tak percaya rakan2 berani nak telentang terjun
macam tu... tapi ada yang tak berani juga




Meredah hutan yang lembab dan dipenohi

pacat-pacat yang berkeliaran 

Akhirnya sampai ke air terjun yang menarik yang terlalu

sejok airnya. Hilang segala keletihan 





Ini fasilitator yang membantu para peserta.

En Mohd Rafis Yahya (luar) dan 
en Suwasdie Che Man (LADA)




Group yang buat persembahan .. macam2 karenah









Jambatan Tergantong Tree Top Walk..  berjalan2 diatasnya 
diatas pucuk pokok





Lawatan Update Produk Pelancongan Langkawi

Catatan:  Mohd Asri Redha
Tempat:  Langkawi Nature Park,


Assalaamualaikum WBT.. Selamat Siang..  Sebagai sebuah Pulau yg terkenal dengan keunikan semula jadi yg menjadi tarikan pelancongan.. ianya perlu kekal sebagai tempat tumpuan pelancongan..   Untuk mengekalkan Pulau ini sentiasa menjadi tumpuan pelawat sudah tentu segala produk2 pelancongan yg ada di Pulau Langkawi ini samada produk alam semulajadinya atau produk ciptaan manusia kena di pertingkatkan, ditambah baik atau produk baru... Jika tidak pelawat2 akan beralih ketempat2 lain yg lbh menarik dan menawarkan pakej yang luar biasa. LADA sebagai sebuah agensi2 Kerajaan yg salah satu fungsi utamanya adalah mempromosikan Pulau ini sebagai Pulau pelancongan terkenal sudah tentu berusaha bersungguh sungguh untuk tumpuan ini.. Sebab itu pengetahuan mengenai produk2 pelancongan dipulau ini perlu di'update' dari masa kesemasa  supaya memudahkan promosi2 dilaksanakan.. 
Hari ini saya bersama-sama anak buah telah berkesempatan untuk melawat ke satu lagi produk pelancongan yang baru iaitu Langkawi Nature Park. Menarik dan menghiburkan bila melawat tempat ini kerana disajikan dengan tempat yang menarik dan pelbagai binatang-binatang dipamerkan disini. Disamping itu pengunjung juga boleh bermesra dan bermain-main dengan sebahagian binatang-binatang yang ada dalam kawasan Langkawi Nature Park ini.. Gambar2 yang saya paparkan ini jelas menunjukan bagaimana seronoknya melawat taman ini... 

Semoga dengan adanya Langkawi Nature Park ini akan menarik lebih ramai lagi pengunjung untuk datang melancong ke Pulau Langkawi ini , kerana ini merupakan produk baru pulau pelancongan ini dan semestinya menjadi satu kerugian jika tidak datang mengunjunginya..

Itu saja catatan saya..

















Audit, Penting Dalam Pengurusan

Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 18 Ogos 2018

Assalaamualaikum WBT ... selamat pagi... Saya doakan semua sahabat-sahabat yang sudi membaca blog saya ini dikurniakan oleh Allah SWT dengan sihat walafiat dan dipermudahkan segala urusan seharian.

Sebenarnya semasa saya dok ketok-ketok punat keyboard laptop saya ni , saya berada dalam Dewan Persidangan DUN Kedah yang bersidang bermula kelmarin dan dijangka selesai besok hari .. Sambil mendengar perbahasan oleh Ahli-Ahli DUN saya dok dengar betul-betul kalau-kalau ada hal fasal LADA dibangkitkan.. Nampak macam tak ada apa-apa berbangkit samada dalam pertanyaan bertulis atau lisan , tak taulah nanti kalau-kalau ada persoalan berbangkit. Itu sebabnya saya berada dalam dewan ini bersiap sedia untuk sediakan apa-apa maklumat yang diperlukan oleh YB Exco bagi menjawab pertanyaan yang berkaitan..

Sambil dok menunggu tu , lebih baik saya manafaatkan masa yang ada dengan coretkan apa-apa yang patut dalam blog ini, sekadar untuk kebaikan kita bersama dan rekod-rekod aktiviti saya dengan LADA ini...

Awal minggu ini pihak Jabatan Audit Negara telah memilih LADA untuk diadakan Pengauditan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti  Bagi Tahun Kewangan 2018. Sayapun tidak pasti , apakah kriteria-kriteria yang menyebabkan LADA dipilih untuk pengauditan ini.. Adakah sesuatu isu yang besar berlaku dalam LADA, apakah ada apa-apa aduan-aduan yang saya tak pasti, apakah ada arahan-arahan atasan atau ianya memang telah sampai masanya LADA diadakan pengauditan menyeluruh ini..

Apa-apapun saya mengucapkan terima kasih kepada JAN yang sudi mengadakan pengauditan menyeluruh ini di LADA. Saya amat berbesar hati menerima pasukan audit dari JAN  Kedah untuk mengaudit LADA. Di mana-mana jabatan yang saya pernah bertugas, kalau audit tak maipun saya akan undang JAN datang untuk membuat audit.

Bagi saya pengauditan akan memberi kebaikan besar pada organisasi.. Saya terbuka dalam hal ini. Tidak apa yang perlu dirisaukan, tak ada apa yang hendak disembunyikan.  Pengauditan ini akan memberi penambahbaikan kepada aktiviti organisasi. Dalam konteks di LADA ini, saya rasa setelah beberapa hari pengauditan dibuat sudah barang tentu akan ada banyak isu-isu yang akan dibangkitkan... saya dan anak buah kena terima dengan berlapang dada. Tegoran-tegoran perlu diterima untuk kebaikan organisasi. Kadang-kadang kalau tidak ada audit dari luar organisasi,  jabatan akan rasa selesa , hingga kadang-kadang leka dan terabai akan peraturan dan prosedur yang sepatutnya dipatuhi. Sebab itu adalah penting Audit kena masuk buat semakan ... Begitu juga saya amat suka kalau organisasi dapat memberikan perhatian mendapat pengiktirafan sijil-sijil kualiti seperti Penarafan Bintang, Sijil EKSA , Sijil ISO,  dan seumpama itu. Melalui usaha-usaha mendapatkan sijil kualiti tersebut, maka barulah ditengok balik akan setiap operasi yang dilaksanakan selama ini, samada ikut pekeliling atau peraturan, didokumentasikan dengan teratur atau tidak, dibersihkan atau tidak tempat kerja, penyusunan , pendaftaran dan penyimpanan fail atau dokumen yang diteliti balik, pengemaskinian segala aspek disetiap sudut dalam jabatan dan segala macam yang berkaitan dengan maklumat terkini jabatan.... pendek kata semua anggota disetiap peringkat kena pastikan semua aspek dibawah tanggongjawab kerjaya berada dalam keadaan kemaskini, bersih, maklumat terkini, ikut peraturan dan SOP  yg ada dan sebagainya .

Ok.. itu saja catatan saya untuk kali ini...

Bertimbun fail-fail untuk disemak dan diteliti oleh pihak
Pasukan Audit Negara..

Lawatan ke tapak oleh pasukan
Audit Negara .. Melihat sendiri
aset-aset yang dibeli oleh LADA

Pasukan Audit Negara melihat sendiri stor LADA yang ada




Saya mempengerusikan perbincangan awal antara 
Pegawai-Pegawai LADA dengan Pasukan Audit Negara


Begitu teliti pemeriksaan yang dibuat oleh 
Pasukan Audit Negara