Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 18 Ogos 2018
Assalaamualaikum WBT ... selamat pagi... Saya doakan semua sahabat-sahabat yang sudi membaca blog saya ini dikurniakan oleh Allah SWT dengan sihat walafiat dan dipermudahkan segala urusan seharian.
Sebenarnya semasa saya dok ketok-ketok punat keyboard laptop saya ni , saya berada dalam Dewan Persidangan DUN Kedah yang bersidang bermula kelmarin dan dijangka selesai besok hari .. Sambil mendengar perbahasan oleh Ahli-Ahli DUN saya dok dengar betul-betul kalau-kalau ada hal fasal LADA dibangkitkan.. Nampak macam tak ada apa-apa berbangkit samada dalam pertanyaan bertulis atau lisan , tak taulah nanti kalau-kalau ada persoalan berbangkit. Itu sebabnya saya berada dalam dewan ini bersiap sedia untuk sediakan apa-apa maklumat yang diperlukan oleh YB Exco bagi menjawab pertanyaan yang berkaitan..
Sambil dok menunggu tu , lebih baik saya manafaatkan masa yang ada dengan coretkan apa-apa yang patut dalam blog ini, sekadar untuk kebaikan kita bersama dan rekod-rekod aktiviti saya dengan LADA ini...
Awal minggu ini pihak Jabatan Audit Negara telah memilih LADA untuk diadakan Pengauditan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti Bagi Tahun Kewangan 2018. Sayapun tidak pasti , apakah kriteria-kriteria yang menyebabkan LADA dipilih untuk pengauditan ini.. Adakah sesuatu isu yang besar berlaku dalam LADA, apakah ada apa-apa aduan-aduan yang saya tak pasti, apakah ada arahan-arahan atasan atau ianya memang telah sampai masanya LADA diadakan pengauditan menyeluruh ini..
Apa-apapun saya mengucapkan terima kasih kepada JAN yang sudi mengadakan pengauditan menyeluruh ini di LADA. Saya amat berbesar hati menerima pasukan audit dari JAN Kedah untuk mengaudit LADA. Di mana-mana jabatan yang saya pernah bertugas, kalau audit tak maipun saya akan undang JAN datang untuk membuat audit.
Bagi saya pengauditan akan memberi kebaikan besar pada organisasi.. Saya terbuka dalam hal ini. Tidak apa yang perlu dirisaukan, tak ada apa yang hendak disembunyikan. Pengauditan ini akan memberi penambahbaikan kepada aktiviti organisasi. Dalam konteks di LADA ini, saya rasa setelah beberapa hari pengauditan dibuat sudah barang tentu akan ada banyak isu-isu yang akan dibangkitkan... saya dan anak buah kena terima dengan berlapang dada. Tegoran-tegoran perlu diterima untuk kebaikan organisasi. Kadang-kadang kalau tidak ada audit dari luar organisasi, jabatan akan rasa selesa , hingga kadang-kadang leka dan terabai akan peraturan dan prosedur yang sepatutnya dipatuhi. Sebab itu adalah penting Audit kena masuk buat semakan ... Begitu juga saya amat suka kalau organisasi dapat memberikan perhatian mendapat pengiktirafan sijil-sijil kualiti seperti Penarafan Bintang, Sijil EKSA , Sijil ISO, dan seumpama itu. Melalui usaha-usaha mendapatkan sijil kualiti tersebut, maka barulah ditengok balik akan setiap operasi yang dilaksanakan selama ini, samada ikut pekeliling atau peraturan, didokumentasikan dengan teratur atau tidak, dibersihkan atau tidak tempat kerja, penyusunan , pendaftaran dan penyimpanan fail atau dokumen yang diteliti balik, pengemaskinian segala aspek disetiap sudut dalam jabatan dan segala macam yang berkaitan dengan maklumat terkini jabatan.... pendek kata semua anggota disetiap peringkat kena pastikan semua aspek dibawah tanggongjawab kerjaya berada dalam keadaan kemaskini, bersih, maklumat terkini, ikut peraturan dan SOP yg ada dan sebagainya .
Ok.. itu saja catatan saya untuk kali ini...

Bertimbun fail-fail untuk disemak dan diteliti oleh pihak
Pasukan Audit Negara..
|
Lawatan ke tapak oleh pasukan
Audit Negara .. Melihat sendiri
aset-aset yang dibeli oleh LADA
|
Pasukan Audit Negara melihat sendiri stor LADA yang ada |
Saya mempengerusikan perbincangan awal antara
Pegawai-Pegawai LADA dengan Pasukan Audit Negara
|
Begitu teliti pemeriksaan yang dibuat oleh
Pasukan Audit Negara
|
No comments:
Post a Comment