Tuesday, October 9, 2018

Kebersihan Masih Di Pandang Enteng ..

Catatan : Mohd Asri Redha
Tarikh: 07 Oktober 2018\



Assalaamualaikum WRT... dan Selamat Pagi serta Selamat Menyambut 'Hari Pelancongan Sedunia' (World Tourism Day) yang disambut pada setiap tahun pada 27 September.. Sayapun tak perasan rupanya ada juga 'World Tourism Day'.. Sebagai sebuah pulau pelancongan terkenal , Pulau Langkawi juga sepatutnya kena terlibat dengan sambutan ini... Saya rasa mungkin pihak industri pelancongan yang terlibat dalam bidang ini , termaklum akan hari tersebut dan meraikannya dengan pelbagai cara dan aktiviti yang berkaitan dan memberi manaafat kepada industri pelancongan di Pulau Langkawi

Di LADA sendiri, sempena menyambut hari tersebut anak-anak buah saya telah mengaturkan  dua aktiviti yang amat berfaedah kepada Pulau ini iaitu mengadakan 'Kursus Pemasaran Digital Melalui Google Ads'  dan Mengadakan 'Gotong Royong Perdana Membersihkan Kawasan Persekitaran Perairan Kilim'  #KeepKilimClean# ..

Pendekatan yang dibuat ini saya rasa lebih bermanafaat dan memberi kebaikan langsung kepada industri pelancongan di Pulau Langkawi ini baik kepada pemain industri pelancongan di Langkawi dan juga penduduk tempatan.

Lebih 150 peserta terlibat dalam program yang amat berfaedah ini  yang terdiri pelbagai pihak disektor industri pelancongan Langkawi, sukarelawan 'thrash hero', agensi-agensi jabatan kerajaan dan swasta, badan-badaan NGO,  pengusaha bot pelancongan, penduduk tempatan, dan lain-lain. Sebanyak 17 bot digunakan untuk aktiviti ini. Terima kasih kepada semua yang sudi mengambil bahagian dalam program ini.. Antara lokasi-lokasi yang diberi tumpuan pembersihan ialah disekitar perairann Pulau Langgun, Perairan Pulau Anak Tikus, Perairan Gua Kelawar, dan Perairan Pulau Tanjung Dendang.

Program ini dirasmikan oleh Dato' Seri Abdul Khani Daud, Ketua Pengarah Tourism Malaysia di Pengkalan Kilim..

Memang banyak betul sampah yang dikutip. Kebanyakannya dikutip dikawasan perairan yang terdiri dari bahan-bahan



Tengok saja gambar ini sudah menyakitkan mata dan hati... ini ada kat pulau-pulau . Jenoh kutip..
Nanti cuci tempat ini dan sudah bersih, datang balik beberapa bulan lagi penoh lagi macam ini.
Cantik kan pemandanganya...  


Tiba2 disakitkan hati dan mata ini dengan sampah sarap seperti ini..... 
plastik seperti botol, tong-tong plastik, sampah lampin bayi pakai buang dan sebagainya..  Begitu juga begitu banyak sampah-sampah yang segala macam terdampar dipantai-pantai pulau-pulau tersebut. Ini menunjukkan betapa kesedaran rakyat terhadap kepentingan alam sekitar masih lagi rendah.. Sayang sungguh, kita mempunyai laut yang jernih airnya dengan karangan batu yang indah-indah, pantai yang putih bersih serta menarik dicemari dengan sampah-sampah yang tidak sepatutnya dibuang begitu sahaja. Sedar tak saudara-saudara ku semua , bahan plastik mengambil masa 10 tahun ke 1000 tahun untuk terurai , aluminium mengambil masa 80 tahun ke 200 tahun untuk terurai, dan kaca tentunya lebih lama lagi untuk terurai sampai berjuta tahun atau mungkin tidak terurai langsung. Semua bahan-bahan ini sebenarnya boleh dikitar semula... Amalan 3 R yang sentiasa diwar-warkan itu nampaknya tidak begitu berkesan lagi dikalangan rakyat kita. sedangkan program 3R ( Recycle, Reuse dan Reduce)  telah dilancarkan sejak tahun 22 April 1970 semasa pertama kalinya Hari Bumi diraikan.

Mengutip sampah yang timbul diperairan  pulau-pulau
Saya tidak boleh berkompromi dengan manusia-manusia yang tidak berhati perut ini yang membuang sampah sesuka hati mereka sahaja, apatah lagi dilaut yang amat berharga dengan sumber asli yang menjadi sumber pendapatan penduduk...  Sudah pelbagai cara dan pendekatan dilakukan oleh pelbagai pihak termasuk LADA untuk menyedarkan rakyat agar tidak membuang sampah merata-rata.. tapi apakan, perkara begitu masih berlaku juga.. Saya tidak akan serik-serik untuk membantu dalam kapasiti yang saya mampu untuk membantu menyedarkan rakyat betapa pentingnya rakyat memberi perhatian kepada menjaga alam sekitar dengan tidak membuang segala macam sampah merata-rata. Banyak artikel-artikel yang saya tulis berkenaan dan berkaitan kebersihan dan kelaku-kelaku orang yang tak sedar diuntung ini.. mahu hidup didunia tapi tak mahu menjaga dunia elok-elok. Terasa malu pada diri sendiri bila kita bawa pelancong-pelancong dari luar tapi bila sampai tempat dilawati, ianya penoh dengan sampah sarap. 



Catatan2 fasal kebersihan..

https://semangatjati.blogspot.com/2009/07/kebersihan.html

Kebersihan di Majlis2.. sikap

http://semangatjatimbas.blogspot.com/2013/08/semua-warga-bandaraya-alor-setar-ada.html?m=1

http://semangatjatiptks.blogspot.com/2012/03/orang-islam-wajib-menjaga-kebersihan.html?m=1

Oleh itu marilah kita sama-sama menjaga kebersihan kawasan persekitaran  kita... kita mulakan pada diri kita dahulu, keluarga kita dan komuniti kita dulu... Urusan-urusan seperti ini bukan sekadar berkata-kata tapi ianya memerlukan tindakan diri sendiri.... Kalau ada-apa aktiviti seperti gotong royong dan  kempen-kempen kebersihan dan seumpamanya, ambil lah bahagian dengan sepenuh hati.. Langkawi sendiri telah dikenali sebagai 'Langkawi Unesco Global Geopark' sejak 2007 lagi dan sudah tentu salah satu komponen penting dalam pengiktirafan ini ialah soal pengurusan alam sekitar yang terbaik.. Jadi marilah kita pakat sama-sama membantu menjadikan Pulau Langkawi sebagai pulau yang terbersih dan orang suka melancong ke Pulau Langkawi kerana dimana sahaja berada semuanya nampak bersih...




Ok.. itu saja celoteh sahaja hari ini.. Jumpa lagi


No comments:

Post a Comment