Monday, April 29, 2019

Bengkel Pelan Perniagaan PLSB

Catatan : Mohd Asri Redha
Tarikh : 25 April 2019





Assalaamualaikum WBT dan selamat pagi buat saudara-saudara yang masih membaca catatan saya ini...


Pagi ini saya kelapangan sedikit dari bebanan kerja yang tidak  pernah berkesudahan itu.. Lagi kita pulun kerja  lagi banyak kerja akan datang . Tapi tidak mengapa itu tandanya kita ada kerja.,, Bersyukur sangat-sangat dengan kerja yang kita ada sekarang. Berapa banyak orang diluar sana sedang bertungkus lumus mencari kerja  yang kadang-kadang tidak sepadan dengan kelayakan mereka tetapi kerana tekanan hidup, terpaksa menerimanya dengan redha sahaja. So.. jangan mengeloh sangat dengan bebanan kerja yang banyak tu.. buat saja dengan cara yang lebih 'smart' dan mencari jalan untuk memudahkan kerja kita. Saya pun banyak juga kerja .. tapi masih berkesempatan juga coret-coret cerita kat blog.... sekadar kepuasan diri.. orang tak bacapun tidak kisah... bukan ada apa yang penting pun..


 Ok , ruang yang ada disini saya ingin mencoretkan sedikit berkenaan aktiviti saya pada minggu lepas dimana saya menghadhiri 'Bengkel Semakan Semula Pelan Perniagaan PLSB yang diadakan di Tuba Beach Hotel di Pulau Tuba. Saya hadhir dalam bengkel kerana saya adalah salah seorang  Ahli Lembaga Pengarah Syarikat. Dalam mesyurat Ahli Lembaga Pengarah (ALP)  telah diarahkan supaya diator satu bengkel bagi membincangan pelan peniagaan yang komprehensif dan lengkap untuk operasi syarikat. Penyediaan Pelan Perniagaan yang mengambil kira semua aspek perlu ada bagi sebuah syarikat perniagaan seperti Panorama Langkawi Sdn Bhd (PLSB). Ini kerana dalam dunia perniagaan yang semakin berkembang dan bersaing dalam mendapatkan pelanggan sudah tentu syarikat perlu bertindak proaktif dalam menarik lebih ramai customer yang datang melawat Langkawi ini. Jika syarikat leka dengan apa yang ada sekarang ini, lama-kelamaan ianya akan berkurangan pengunjung dan sudah tentu produk-produk yang ada tidak dimanafaatkan sepenuhnya. Bila ini berlaku sudah pasti pendapatan syarikat akan menurun dengan mendadak. 


Ini yang pihak ALP bimbang jika berlaku, kerana kos penyelenggaraan kereta kabel di gunung Machinchang bukan murah . Ianya amat tinggi dan semakin meningkat setiap tahun. Sebagai sebuah anak syarikat milik penoh LADA sudah tentu pihak LADA tidak mahu perkara ini berlaku. Sebahagian besar pendapatan LADA adalah dari keuntungan syarikat PLSB . Justru itu syarikat perlu bertindak lebih aktif dan agresif dalam mempromosikan produk syarikat dan pada masa yang sama perlu meningkatkan kualiti dan kuantiti produk yang ada samada ditambah baik atau dibeli baru.  Suasana keceriaan disekitar Oriental Village juga perlu diberi perhatian serious oleh pihak Syarikat.


Hasil dari perbincangan bengkel ini  beberapa pendekatan baru yang lebih kreatif dan idea-idea baru dalam usaha penambahbaikan operasi syarikat telah dikemukakan. Semoga dengan adanya Pelan Perniagaan Syarikat ini ianya akan memberi imej baru kepada syarikat dan menarik lebih ramai pengunjung ke Oriental Village ini. Sungguhpun begitu cadangan-cadangan yang dikemukakan itu banyak juga melibatkan kos yang agak besar.. Namun begitu dari pelaksanaannya perlu dikaji dan diteliti dengan mengambil kira kemampuan kewangan syarikat dan juga aspek-aspek kajian pemasaran juga.

































Bengkel Pengurusan Risiko Rasuah

Catatan... Mohd Asri Redha
Tarikh.. 09 Mac 2019



Assalaamualaikum WBT.

Hari ini saya ada sedikit ruang untuk  mengikuti bengkel yang dianjurkan oleh LADA.  Iaitu Bengkel Pengurusan Risiko Rasuah.. Sejak awal saya masuk bertugas di LADA ,  apabila anak2 buah bercadang mengadakan apa2 aktiviti berkaitan pencegahan rasuah saya tidak ragu-ragu untuk memberikan sokongan dan kelulusan. Rasuah adalah musuh negara yang utama dimana mana negara.   Sudah berapa banyak negara mengalami keruntuhan disebabkan gejala rasuah. Kalau dibiarkan berleluasa tanpa kawalan yang sepatutnya maka tunggulah saat kejatuhannya.

Sepanjang 2 tahun saya bertugas di LADA ini pelbagai aktiviti dan program berkaitan rasuah telah diadakan. Antaranya ialah ... Hari Integriti dan Ikrar Anti Rasuah yang dibuat pada tahun lepas dan Minggu Integriti yang akan dilaksanakan dalam bulan April 2019 nanti.



Hari ini pula LADA mengadakan Bengkel Pengurusan Risiko Rasuah.. Bengkel ini membincangkan aktiviti2 dan prosedur-prosedur  yang berisiko membawa kepada rasuah.


Bila kita sudah mengenalpasti mana mana aktiviti yang berisiko tinggi berlaku  rasuah akan  membolehkan penambahbaikan dibuat pada aktiviti tersebut  agar tidak ada ruang untuk disalahhgunakan oleh pegawai yang terlibat secara langsung . Dalam bengkel ini semua  aspek akan diteliti dan dilihat dan daripada situ pelan pengurusan risiko Rasuah dapat digubal dengan berkesan.



Hasil dari perbincangan mendalam dalam bengkel ini sebanyak  45 potensi risiko  rasuah telah dikenalpasti untuk dimasukkan dalam Pelan Pengurusan Risiko Rasuah LADA.. Dalam tahap risiko rasuah bertaraf HIGH ada 11 proses kerja yang berpotensi tinggi rasuah iaitu :-



1. Kebocoran maklumat dalam penyediaan BQ - harga anggaran.
2. Pengurusan Perjanjian  - Memasukkan terma perjanjian yang berat sebelah.
3. Pelantikan dan Pemantauan Panel Peguam LADA - Pakistan Lantikan Panel Peguam
4. Campurtangan dalam proses pengambilan pelantikan kakitangan LADA
5. Pembayaran terhadap pembekalan yang tidak disempurnakan (tuntutan palsu)
6. Pemilihan permohonan penglibatan diberikan kepada pihak2 yang berkepentingan/kroni
7. Pemalsuan lapuran kemajuan projek/laporan prestasi kontraktor/tuntutan bayaran kontraktor
8. Campurtangan individu berpengaruh untuk mendapatkan sumbangan csr.
9. Tindakan melba untuk mendapatkan sumbangan CSR
10.Kecenderungan untuk memilih lokasi atau projek yang members kepentingan kepada diri/individu
11.Campurtangan individu berpengaruh untuk menganjurkan program dan melaksanakan program




Walaupun kerja lain ( 34 proses kerja) hanya dikategorikan tahap 'moderate' dan 'significant', kita tidak boleh alpa dan tidak kisah proses-proses kerja tersebut kerana ada kemungkinan besar ia boleh beraleh ke tahap 'high risk'.. Seperti mana saya telah jelaskan sebelum ini semua proses kerja disemua peringkat ada potensi untuk aktiviti rasuah.



Semoga LADA bebas dari rasuah.. TQ...
Lepas ini LADA akan anjur MINGGU INTEGRITI LADA 2019.. Semua aktiviti yang dibuat ini adalah  untuk menerapkan disetiap hati sanubari anggota LADA  betapa bahayanya RASUAH kepada organisasi, masyarakat dan negara.

Tindakan seterusnya ialah untuk mengadakan Pelan Anti Rasuah Organisasi LADA.. Pembentokan OACP ini akan memastikan harapan LADA untuk mengamalkan slogan "Hidup Tanpa Rasuah" terlaksana. Dengan adanya OAXP ini ianya diharapkan  dapat menyatukan semua inisiatif dan usaha berkaitan integriti, tadbir urus, dan antiri rasuah dalam satu pelan terintegrasi ini.

















Integriti Kompas Moral Organisasi


Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 24 April 2019

Alhamdulillah sejak 21 - 25 April 2019, LADA telah berjaya menganjurkan 'Minggu Intergriti 2019'.... Pelbagai aktiviti telah diator untuk penglibatan kakitangan LADA dan juga dari orang luar...
Untuk mendapatkan penyertaan ramai peserta bukan mudah apatah lagi tajok2 yang berkaitan dengan integriti  dan rasuah bukan ramai orang minĂ¢t sangat.

Pada saya minat atau tidak minat bukan isunya.. kempen kearah zero corruption tetap diteruskan, kerana rasuah tidak mengira sesiapa. Ia boleh terkena kepada sesiapa sahaja jika ada ruang dan peluang.. Sebab itu ruang dan peluang itu kena diperhatikan dengan sejelas-jelasnya agar ianya dapat ditutupi dari disalah gunakan untuk kepentingan diri sendiri.

Sebab itulah pelbagai program-program berkaitan integriti telah diaturkan untuk seluruh anggota kakitangan LADA .. Sejak saya bertugas di LADA ini sudah pelbagai program telah diatorkan dan yang terkini ialah program 'Minggu Integriti LADA 2019' yang diadakan sepanjang minggu dari 21 - 25 April 2019. Perasmian Minggu Integriti LADA ini disempurnakan ole YB Dato' Ir Hj Amirudin Hamzah Timbalan Menteri Kewangan Malaysia di Dewan Badminton Kompleks Sukan LADA.

Program Integriti perlu melibatkan semua kakitangan kerana sepertimana saya sebut tadi. Tidak kira anggota dari peringkat bawah sekali hingga kepada pengurusan tertinggi sekali.. Semuanya ada ruang kuasa tertentu yang boleh disalahgunakan.. Di peringkat pengurusan pegawai kanan sudah tentu lebih banyak kuasa yang ada dalam melaksanakan tugas seharian.

Saya tidak mahu bercerita panjang apa implikasi kepada diri , organisasi, masyarakat dan negara jika gejala rasuah dibiarkan berleluasa. Sudah banyak perbincangan dalam pelbagai media diketengahkan dan semuanya menjurus kearah tidak baiknya rasuah  ini .  Boleh lingkup satu negara jika tidak ditangani dengan betul..





Catatan ucapan saya diMajlis Perasmian Penutup Minggu Integriti LADA 2019 blh dilayari dlm link ini... Didalamnya ada maklumat-maklumat untuk program ini...





https://semangatjatikarya.blogspot.com/2019/04/ucapan-perasmian-penutup-minggu.html?m=1