Monday, April 29, 2019

Bengkel Pelan Perniagaan PLSB

Catatan : Mohd Asri Redha
Tarikh : 25 April 2019





Assalaamualaikum WBT dan selamat pagi buat saudara-saudara yang masih membaca catatan saya ini...


Pagi ini saya kelapangan sedikit dari bebanan kerja yang tidak  pernah berkesudahan itu.. Lagi kita pulun kerja  lagi banyak kerja akan datang . Tapi tidak mengapa itu tandanya kita ada kerja.,, Bersyukur sangat-sangat dengan kerja yang kita ada sekarang. Berapa banyak orang diluar sana sedang bertungkus lumus mencari kerja  yang kadang-kadang tidak sepadan dengan kelayakan mereka tetapi kerana tekanan hidup, terpaksa menerimanya dengan redha sahaja. So.. jangan mengeloh sangat dengan bebanan kerja yang banyak tu.. buat saja dengan cara yang lebih 'smart' dan mencari jalan untuk memudahkan kerja kita. Saya pun banyak juga kerja .. tapi masih berkesempatan juga coret-coret cerita kat blog.... sekadar kepuasan diri.. orang tak bacapun tidak kisah... bukan ada apa yang penting pun..


 Ok , ruang yang ada disini saya ingin mencoretkan sedikit berkenaan aktiviti saya pada minggu lepas dimana saya menghadhiri 'Bengkel Semakan Semula Pelan Perniagaan PLSB yang diadakan di Tuba Beach Hotel di Pulau Tuba. Saya hadhir dalam bengkel kerana saya adalah salah seorang  Ahli Lembaga Pengarah Syarikat. Dalam mesyurat Ahli Lembaga Pengarah (ALP)  telah diarahkan supaya diator satu bengkel bagi membincangan pelan peniagaan yang komprehensif dan lengkap untuk operasi syarikat. Penyediaan Pelan Perniagaan yang mengambil kira semua aspek perlu ada bagi sebuah syarikat perniagaan seperti Panorama Langkawi Sdn Bhd (PLSB). Ini kerana dalam dunia perniagaan yang semakin berkembang dan bersaing dalam mendapatkan pelanggan sudah tentu syarikat perlu bertindak proaktif dalam menarik lebih ramai customer yang datang melawat Langkawi ini. Jika syarikat leka dengan apa yang ada sekarang ini, lama-kelamaan ianya akan berkurangan pengunjung dan sudah tentu produk-produk yang ada tidak dimanafaatkan sepenuhnya. Bila ini berlaku sudah pasti pendapatan syarikat akan menurun dengan mendadak. 


Ini yang pihak ALP bimbang jika berlaku, kerana kos penyelenggaraan kereta kabel di gunung Machinchang bukan murah . Ianya amat tinggi dan semakin meningkat setiap tahun. Sebagai sebuah anak syarikat milik penoh LADA sudah tentu pihak LADA tidak mahu perkara ini berlaku. Sebahagian besar pendapatan LADA adalah dari keuntungan syarikat PLSB . Justru itu syarikat perlu bertindak lebih aktif dan agresif dalam mempromosikan produk syarikat dan pada masa yang sama perlu meningkatkan kualiti dan kuantiti produk yang ada samada ditambah baik atau dibeli baru.  Suasana keceriaan disekitar Oriental Village juga perlu diberi perhatian serious oleh pihak Syarikat.


Hasil dari perbincangan bengkel ini  beberapa pendekatan baru yang lebih kreatif dan idea-idea baru dalam usaha penambahbaikan operasi syarikat telah dikemukakan. Semoga dengan adanya Pelan Perniagaan Syarikat ini ianya akan memberi imej baru kepada syarikat dan menarik lebih ramai pengunjung ke Oriental Village ini. Sungguhpun begitu cadangan-cadangan yang dikemukakan itu banyak juga melibatkan kos yang agak besar.. Namun begitu dari pelaksanaannya perlu dikaji dan diteliti dengan mengambil kira kemampuan kewangan syarikat dan juga aspek-aspek kajian pemasaran juga.

































No comments:

Post a Comment