Friday, May 17, 2019

LIMA 19..



Catatan .. Mohd Asri Redha
Tarikh.  25.03.19

Assalaamualaikum WRT dan Selamat Siang..

Buat saudara-saudara ku yang amat mulia disisi Allah SWT

Alhamdulillah... LIMA 19 telah menutup tirainya kelmarin. Sepanjang tempoh LIMA 19 berlangsung.. saya dan anak2 buah rasa tertekan juga dengan kebimbangan2 yang segala macam.. Ini kerana dewan MIEC ini milik LADA.. Dewan ini sudah berpuluh tahun usianya.. segala kemungkinan boleh berlaku seperti terputusnya bekalan letrik, kebocoran, aircon yg gagal berfungsi, isu keselamatan, segala mcm kerosakan sana sini dsbgnya.. 


Kita membawa imej negara.. kejadian buruk yang tidak disangka pasti memberi kesan kepada imej negara bukan setakat LADA saja.. Ini kerana pempamer datang dari seluruh negara.. ramai ketua-ketua syarikat korporat besar & pemimpin2 besar mereka datang.  Tahun 2018 berlaku terputusnya bekalan elektrik beberapa jam.. heboh juga cerita tu.. Tapi Alhamdulillah.. tahun ini persiapan rapi yg dibuat awal & teliti oleh anak2 buah saya di LADA telah memastikan jangkaan2 yang akan berlaku itu tidak berlaku. 

LADA juga terpaksa berbelanja besar juga demi memastikan bangunan & persekitarannya berada dalam keadaan terbaik.

Bermula hari pertama dan terakhir 'event' ini ruang angkasa Pulau Langkawi akan di penohi dengan pesawat2 komersial dan pesawat pejuang yang mempamerkan kemampuan masing-masing.. Setiap 2 tahun sekali begitulah riuhnya deruan pesawat terbang sepanjang minggu.. Orang ramai berpusu-pusu masuk kekawasan sekitar Airport Langkawi ini untuk melihat pertunjukan udara yg amat menarik dan luarbiasa ini.. Memang mendapat sambutan yang tinggi dari pelancong dan orang tempatan. Pertunjukan udara seperti ini bukan mudah dan murah.. Kosnya berjuta  RM untuk membuat pertunjukan seperti ini  dan tidak selalu boleh dibuat . Kesempatan ini seharusnya digunakan sebaik mungkin oleh semua rakyat Malaysia untuk datang melihat pertunjukan yang terhebat ini.

Untuk menganjur acara bertaraf internasional spt ini bukannya semudah itu.. banyak cabaran dan halangannya yg terpaksa diharungi..

Tahun ini kesemua booth pameran dan pavillion sudah habis ditempah.. melibatkan 406 syarikat dari dalam  dan luar negara yang menyertai pameran berkaitan pesawat udara, maritime,  dan persenjataan..

LADA juga terlibat secara langsung program yang amat besar ini , kerana tapak dan premis event ini sebahagian besarnya adalah milik LADA iaitu Dewan MIEC...  Oleh kerana LIMA diadakan setiap 2 tahun disitu, sudah menjadi kebiasaan orang lebih kenali dewan ini sebagai Dewan LIMA.. Begitulah penangan program LIMA ini.. Jadi tanggong jawab amat berat juga bila premis ini milik LADA kerana semua pamiran pertahanan seluruh dunia diadakan didalam dewan ini dan diperkarangan dewan LIMA ini.  Saya sebenarnya sentiasa dalam kebimbangan sepanjang event ini berlngsung kerana khuatir akan berlaku sesuatu yang tidak diduga pada bangunan ini. Ini adalah kerana bangunan MIEC ini sudah berpuluh tahun usianya, dan tahap susut nilainya sudah tinggi dan memerlukan penyelenggaraan yang amat tinggi., Sistem perpaipan nya seusia bangunan ini, begitu juga sistem bekalan elektrik dan penghawa dingin juga seusia bagunan ini.. Bila-bila masa sahaja boleh berlaku bekalan terputus, aircond tidak sejuk dan struktur yang tidak kukuh.  Pengalaman menganjurkan LIMA 2 tahun yang lalu masih saya ingat dimana bekalan elektrik terputus beberapa jam dan  penghawa dingin yang tidak sejok.

Bayangkanlah event ini bertaraf international, jika berlaku perkara-perkara seperti itu , imej LADA, imej negeri dan negara tentu akan terjejas dan usaha untuk menarik lebih ramai pempamer akan terjejas bagi LIMA akan dating.

Sebab itu LADA tidak ragu-ragu untuk berbelanja besar juga untuk menaik taraf beberapa bahagian dalam bagunan ini agar ianya dapat berfungsi dengan menyakinkan. LADA tidak beroleh apa-apa keuntungan dari event ini  , tetapi ini juga merupakan tanggungjawab LADA untuk membantu Kerajaan untuk menyediakan infrastruktur terbaik kepada pempamer yang mengambil bahagian. satu faedah besar yang diperolehi oleh Pulau Langkawi ialah dapat mempromosikan  Pulau Langkawi  keserata dunia sebagai sebuah pulau pelancongan terkenal dan sebagai sebuah pulau yang boleh menganjurkan pelbagai event bertaraf antarabangsa.  'Media Value' untuk event ini sememangnya amat tinggi dan ianya memberi manafaat besar kepada industri pelancongan di Pulau Langkawi seperti perhotelan, restoran, pengangkutan, produk2 pelancongan, orang Langkawi dan sebagainya.

Memang ramai pelancong datang melawat Pulau Langkawi dan saya amat berharap agar semua pemain-pemain industri pelancongan di pulau ini mengambil kesempatan untuk mempertingkatkan layanan dan meningkatkan nilai produk masing-masing bukan asyik hanya menaikkan harga jualan  setiap kali ada event ini. Kenaikan harga sepanjang event ini bukan lagi omongan kosong , tapi realitinya ada hingga menjadi bualan orang ramai .. YAB PM sendiri pernah menegor perkara ini hinggakan YAB PM sendiri telah mengadakan satu perjumpaan khas dengan semua pemain industri pelancongan sebelum event ini berlangsung untuk menyatakan ketidakpuasan hati beliau berkenaan perkara ini. Perkara ini sedikit sebanyak telah menjejaskan imej Pulau Langkawi ini sebagai Pulau Langkawi Bebas Cukai yang amat ekonomik untuk dilawati. Kerana harga barangan dan perkhidmatan tinggi semasa LIMA ini berlangsung, orang sudah tidak berani melawat pulau ini, sedangkan pada hakikatnya pada hari-hari lain yang lainnya biasa-biasa  sahaja harganya.  Saya berharap  LIMA seterusnya pihak industri pelancongan dapat melihat perkara ini secara lebih serious. Bayangkan pika LIMA tidak lagi diadakan di Pulau Langkawi ini.. siapa yang rugi..

Saya juga sebagai ^Pengerusi Sel Infrastruktur dan Kebersihan LIMA 19^, mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada urusetia anak2 buah saya di LADA & semua AJK terdiri jabatan2 kerajaan & swasta berkaitan serta anak2 buah masing2 yg tlh melaksanakan tanggongjawab mereka dengan berkesan & berdedikasi.. Dibawah tanggungjawab Sel ini juga berjuta RM dibelanjakan oleh jabatan2 teknikal & bkn teknikal bagi memberikan kemudahan kepada pempamer dan pengunjung serta rakyat P.Langkawi.. Tanggungjawab sel ini amat besar dipikul bagi memastikan segalanya dalam keadaan terbaik dari segi kebersihan dan infrastruktur. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan mendapat penghargaan dari penganjur.

Tahniah & teruskan kerjasama erat ini di Pulau Langkawi antara  Pulau Pelancongan yg ke 10 terbaik didunia...









Mempegerusi Mesyuarat Persiapan Dewan
MIEC untuk Event LiMA


Laporan Persiapan yang dibuat oleh
Sel Infrastruktur & Kebersihan LIMA19
dalam Mesyuarat JK Indok LIMA 19

Sentiasa membuat lawatan ke dewan MIEC
sebelum event berlangsung untuk memas-
tikan persiapana berjalan lançar




Tidak dapat jadi tentera, dapat berlagak
macam ni pun jadilah

Booth LADA di pamiran LIMA ini mempamerkan 
sijil-sijil anugerah dan penghargaan yang diperolehi
oleh LADA




orang kuat Kementerian Pertahanan yang juga
sahabat saya .. Dato Halimi .. Ketua Setiausaha
Kementerian Pertahanan














Industri Pertahanan merupakan industri yang
berprofil tinggi.. Bila dok bergamber macam
ni.. rasa2 macam hebat juga.. 


Antara gambar yang mendapat jualan ter-
tinggi dalam jualan lelong amal di LIMA
Charity Gala 2019 

Dinner di LIMA Charity Gala 2019


Berkesempatan bermain golf bersama-sama orang2
Kementerian Pertahanan dalam LIMA 19 Golf Classic
di ELS










No comments:

Post a Comment