Saturday, April 6, 2019

Motivasi Memberi Semangat Untuk Kejayaan Cemerlang... Tahniah Pelajar Cemerlang Langkawi

Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh..  06 April 2019



Assalaamualaikum WRT.. Hari ini LADA meraikan kejayaan anak-anak orang Pulau Langkawi yg mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR, PT3, SPM dan STPM tahun 2018 , serta olahragawan cemerlang Langkawi.



LADA tidak berkebolehan  dan tidak berkemampuan untuk mengajar bagi pandai anak-anak orang Pulau Langkawi ini.. tapi LADA tidak mahu terlepas untuk sama-sama memberikan sokongan kearah kecemerlangan murid di Pulau Langkawi ini.. .. Ini juga merupakan tanggongjawab sosial LADA terhadap komuniti Langkawi. Pelbagai program disusun ator bersama Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi  sejak awal tahun lagi dan hasilnya kejayaan sebahagian mereka diraikan pada hari ini... dalam Program Majlis  A Kawi 6 .. (Anugerah Kecemerlangan Pelajar Langkawi ke 6)..



Ini kali ke 6, LADA menganjurkan majlis ini.. Kali ini ianya dirasmikan oleh Dr. Hezri b. Adnan Ketua Pegawai Eksekutif LADA yang baru sahaja melaporkan diri pada awal bulan ini..

Tahniah kepada 16 Pelajar UPSR cemerlang, 13 pelajar PT3 cemerlang, 34 pelajar SPM cemerlang, dan 26 pelajar STPM cemerlang..



Selain sijil penghargaan diberikan,mereka juga diberi hadiah wang tunai dan sebahagiannya ditambah dengan komputer riba dan penginapan percuma sumbangan LADA, anak-anak syarikat LADA serta YB. Wakil Rakyat. Sekolah-sekolah yang terbaik dalam akademik dan sukan serta terbaik dalam penglibatan geopark juga diberi penghargaan .



Semoga kejayaan mereka menjadi suntikan semangat kepada rakan-rakan lain untuk terus meningkatkan kecemerlangan diri dalam pelajaran. TAHNIAH.. TAHNIAH.. TAHNIAH































































No comments:

Post a Comment