Monday, April 22, 2019

Tuba Trail Run 2019 - Mencabar Ketahanan Mental



Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 20 April 2019



Assalaamualaikum WBT.. dan Selamat Pagi.. Saya doakan sahabat dan sesiapa sahaja yg membaca catatan ini sentiasa dalam keadaan sihat walafiat..

Tahun ini sekali lagi LADA berjaya menganjurkan satu lagi acara yg ditunggu tunggu oleh peminat larian mencabar iaitu TUBA TRAIL RUN 2019 yang diadakan di Pulau Tuba, Langkawi. Larian ini bukan sekadar larian melalui jalan-jalan biasa tetapi juga melalui trek2 dalam hutan dan ada juga mendaki bukit .. Memang mencabar larian ini dan hanya yang benar-benar tahan lasak sahaja yang berjaya menghabiskan larian yang dibahagikan kepada  3 peringkat. Peringkat yang paling mencabar ialah larian sejauh 30 KM ( 76 peserta), seterusnya larian sejauh 15 KM (337 peserta )  dan seterusnya yang santai-santai hanya 4 KM sahaja. Pilihan terletak ditangan peserta ikut kemampuan kekuatan masing-masing. Bayangkan betapa kuatnya peserta larian sejauh 30 km hanya mengambil masa 2 jam 6 minit sahaja.. memang hebat. Orang Malaysia tidak boleh mendahului lagi..  orang Afrika juga yang mendahului... Paling baik masa untuk peserta Malaysia ialah 2 jam 29 minit..

Saya pula hanya setakat 4 km sahaja la..  itu pun tak sangka punya penat.. Faktor umur kut. Balik keesokan harinya terus deman selsema..  keletihan sangat kut.. rosak program keesokan harinya. sampai meeting saya kat MOF terpaksa dibatalkan.

Walau bagaimanapun saya mengucapkan tahniah kepada anggota LADA yang bertungkus lumus menjayakan program ini dengan cemerlang. Walaupun malam tersebut berlaku terputus bekalan elektrik selama beberapa jam..  Begitu juga dengan jabatan-jabatan dan agensi-agensi lain yang terlibat secara langsung dan tidak langsung yang turut memainkan peranan penting dalam menjayakan Tuba Trail Run ini. 

Tahun ini bilangan penyertaannya melebihi 700 orang. yang terdiri dari peserta tempatan dan luar  negara. Program ini sengaja diadakan di Pulau Tuba bagi mempromosikan Pulau Tuba ini dikalangan pelancong , kerana kawasan ini agak kurang dikunjungi sedangkan disini juga terdapat alam semulajadinya yang menarik untuk dinikmati seperti kawasan bakaunya yang luas dan kawasan perkampongan yang menenangkan. Semoga dengan penganjuran Tuba Trail Run ini akan dapat memperkenalkan Pulau Tuba ini diserata negeri dan negara..




































No comments:

Post a Comment