Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 30 April 2019
Assalaamualaikum WBT... Selamat Siang dan ketemu lagi catatan-catatan saya ...
Sambil2 mendengar ceramah yg menarik disampaikan oleh penceramah yg berkalibar.. tangan saya ligat menekan nekan huruf2 kat laptop saya ni menyusun huruf2 menjadi ayat2 yang boleh difahami berkenaan intipati kursus ini.. kalau tidak tulis sekarang nanti lupa dan malas pula bila kesibokan kerja seharian.
Perkara yang diberi perhatian utama dalam kursus ini ialah peranan dan tanggongjawab Ahli Lembaga Pengarah Syarikat selain diberi penerangan dan penjelasan berkenaan kewangan syarikat, kepimpinan , pengauditan syarikat, pengurusan risiko dan juga integriti.
Kursus ini sebenarnya sengaja diator untuk pegawai-pegawai kanan LADA kerana sebahagian besar daripada mereka adalah Ahli Lembaga Pengarah Anak-Anak Syarikat LADA dan yang belum lagi dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah juga kemungkinan besar mereka juga akan dilantik nanti bila pegawai yang menyandang sekarang tamat tempoh pelantikan. Ini adalah kerana LADA telah menetapkan syarat setiap Pegawai Kanan LADA yang dilantik sebagai ALP anak syarikat diberi tempoh 2 tahun berkhidmat dan kemudian mereka akan diganti dengan pegawai-pegawai lain pula. Dengan pengetahuan dan ilmu yang diperolehi dalam bengkel ini ianya akan menjadi panduan terbaik bagi pegawai yang dilantik sebagai ALP syarikat mengetahui dengan lebih mendalam perjalanan operasi syarikat. Dengan panduan yang diberi itu memudahkan ALP mengenalpasti apa isu dan masalah syarikat.
Kadang-kadang kita lihat setengah-setengah syarikat ada perkara-perkara yang terlepas pandang oleh ALP kerana sebahagian besar ALP tidak mahir dalam membuat penilaian berasaskan penyata kewangan yang dibentangkan.. Ada perkiraan-perkiraan tertentu yang perlu dibuat berdasarkan pembentangan laporan-laporan kewangan dan laporan auditan yang dibuat oleh pengurusan syarikat. Bila terlepas pandang berlaku, maka kemungkinaan besar akan berlakulah salah pengurusan dalam mentadbir syarikat yang tidak memberi kebaikan kepada pemegang saham syarikat seperti kerugian dan sebagainya.
Sebab itu saya lihat beberapa keputusan yang dibuat oleh anak syarikat sebelum ini ada yang tidak menepati keperluan syarat minima perakaunan tetapi keputusan dibuat sebaliknya. Di sinilah ALP yang terdiri dari kakitangan LADA perlu peka dan tidak leka bila dilantik sebagai ALP . Mereka dilantik untuk menjaga kepentingan LADA , bukan kepentingan sendiri..
Satu lagi perkara penting yang perlu diambil perhatian serious oleh Ahli Lembaga Pengarah seperti mana yang ditegaskan ole penceramah ialah berkenaan Seksyen 17A (Liabiliti Korporat) Akta SPRM 2009 yang telah diluluskan oleh Parlimen dan berkuatkuasa mulai pada 1 Januari 2019 . Ini kerana Akta ini memberi implikasi besar juga kepada ALP jika gagal menghalang pelakuan rasuah dikalangan anggota 'organisasi komersial'nya. Ini kerana ALP akan bertanggongjawab sepenuhnya kesalahan tersebut melainkan jika ia dapat membuktikan bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa keizinan ALP dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha yang wajar dilakukannya untuk menghalang pelakuan kesalahan itu dengan mengambil kira jenis fungsinya atau sifat sifat itu dan kepada hal keadaan yang berlaku...
Waduuh.. ini berat juga.. kakitangan yang buat rasuah untuk kepentingan syarikat, ALP juga akan kena kalau tidak berhati-hati.. Jadi menjadi ALP Syarikat tidak seindah yang disangka. Banyak tanggongjawab yang perlu diambil perhatian dan tindakan, seolah-olah macam kita bekerja sepenoh masa dengan syarikat pula. Tapi itulah hakikatnya. Kesannya sama sahaja samada Pengarah Eksekutif dan Pengarah Bukan Eksekutif. Menjadi ALP seolah-olah mengundang risiko pada pemegangnya. Ada eleman denda yang amat tinggi dan penjara yang lama jika didapati bersalah. Ini menunjukkan keseriousan kerajaan dalam menangani tingkah laku ALP yang punya kepentingan peribadi mengambil kesempatan dari jawatan yang dipegang itu.
Banyak sudah kes kita dengar tentang perlakuan-perlakuan buruk ALP hingga memberi kesan buruk kepada sesebuah organisasi seperti Tabong Haji, Felda dan sebagainya. Terasa macam nak lepaskan saja jawatan ALP ini. Tapi memikirkan Syarikat milik penoh ini tidak buat pinjaman dimana-mana bank rasa confident sikit untuk terus dengan syarikat, cuma perlu diperhatikan dengan lebih teliti perjalanan operasi syarikat agar ianya dapat menjana pendapatan yang lebih tinggi disamping memastikan perjalanan syarikat berjalan dengan elok dan tidak ada apa-apa penyelewengan serta salah laku berlaku.
Terima kasih..... ketemu lagi catatan dalam lain pula...
Asri Redha

No comments:
Post a Comment