Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 18. Februari 2020
Assalaamualaikum WBT.. dan Selamat Malam... Ketemu lagi dengan catatan santai-santai saya ini...
Hari ini saya menghadhiri Bengkel berkaitan MS ISO 9001:2015. Memang banyak bengkel kena diadakan untuk mendapatkan atau mengekalkan pensijilan MS ISO 9001:2015 ini. Kadang-kadang tu rasa macam malas dan membosankan.. saya rasa anak-anak buah yang mengikuti bengkel seperti inipun terasa begitu.. Tapi ini adalah tanggungjawab yang diamanahkan kepada semua anggota pentadbiran LADA. Kemalasan itu hanya perasaan sahaja sedangkan kita dibayar gaji dan elaun untuk menggalas tanggungjawab besar kepada rakyat. Pensijilan yang diperolehi ini adalah sebagai satu tanda aras menunjukkan perkhidmatan kita yang terbaik kepada pelanggan kita. Marilah kita jadikan kemalasan itu kepada kerajinan dan keseronokan...
Maka mahu atau tidak mahu ianya kena dihadhiri dalam usaha seperti yang saya maksudkan diatas .. Sebab itu dalam apa keadaan pun, saya tetap berusaha juga menghadhiri bengkel seperti ini sebagai menunjukkan komitmen pengurusan tertinggi terhadap sesuatu usaha peningkatan kualiti jabatan. Ini juga akan memberi semangat kepada anak-anak buah dalam menjayakan sesuatu tugasan yang diaturkan.
Fakta :
Dokumen Manual Kualiti, dan Dokumen 34 Prosedur
Fasilitator:
En Jaafar b. Md Jani
h.p: 016 3840203
Emjay Training & Consultancy

Bengkel ini diadakan pada 17 hinga 18 Februari 2020 di Myangkasa Akademi Chandek Kura, Langkawi. Dalam memastikan kesinambungan pengiktirafan status pemegang Sijil MS ISO9001: 2015, bengkel ini mesti diadakan dalam usaha untuk mengemaskinikan Manual Kualiti agar ianya terkini.
Sepanjang tempoh pelaksanaan sijil, banyak juga penambahbaikan dibuat dengan pelbagai perubahan dilakukan samada dari segi prosedur, samada ditambah atau dikurangkan, penggunaan boring-boring yang berubah sesuai dengan perkembangan semasa, dan juga dokumen-dokumen sokongan yang juga mungkin berubah sesuai dengan keadaan semasa dan perkembangan teknologi .

Oleh sebab itu dalam bengkel ini pemilik-pemilik prosedur serta pegawai-pegawai berkaitan perlu mengemaskinikan Manual Kualiti, mengemaskini prosedur dengan borang-borang yang bersesuaian dan KPI yang ditetapkan.
Fakta :
Dokumen Manual Kualiti, dan Dokumen 34 Prosedur
Fasilitator:
En Jaafar b. Md Jani
h.p: 016 3840203
Emjay Training & Consultancy
No comments:
Post a Comment