Sunday, February 23, 2020

LeTour De Langkawi


Catatan : Mohd Asri Redha
Tarikh: 15 Februari 2020

Langkawi sekali lagi dimeriahkan dengan aktiviti berbasikal.  Kali ini ianya lebih hebat dan kemuncak kepada aktiviti berbasikal di Pulau Langkawi dengan acara Kejohanan Petronas Le Tour De Langkawi, Malaysia edisi ke 25. ( LTDL 25) . Kejohan yang amat berprestij ini  merupakan acara terbesar dalam kalendar Tour UCI Asia. Kejohanan edisi ke 25 ini meliputi jarak kayuhan sejauh 1,200 km dengan 8 peringkat perlumbaan dimana pengakhirannya adalah di Pulau Langkawi sejauh 108.5 KM mengelilingi Pulau Langkawi

Ianya disertai oleh lebih 22 buah pasukan dengan peserta terlibat hampir 300 pelumba dari seluruh negara. Kedatangan mereka juga disertai bersama pihak kru, media antarabangsa, dan tempatan, urusetia dan lain-lain lagi. Beberapa pasukan yang dianggap berprestij diperingkat antarabangsa turut mengambil bahagian seperti Pro Team dan Pro Continental Team.

Sudah tentu Langkawi akan mendapat manfaatnya dari segi 'media value'nya yang amat tinggi. kerana perlumbaan ini disiarkan dimedia-media antarabangsa seperti Al Jazeera Sport, Eurosport & Eurosport Asia Pacific serta siaran langsung di media-media tempatan seperti di TV2, TV3, Astro dan sebagainya. Pulau Langkawi yang indah ini mendapat promosi secara percuma melalui cara ini. Pulau  Langkawi akan muncul dimedia-media berkenaan. Disamping itu para cyclist  yang datang dari seluruh dunia ini juga mempunyai ramai peminat akan secara tidak langsung menjadi duta tidak rasmi  kepada Langkawi yang tentunya akan menceritakan berkenaan Pulau Langkawi yang indah dan permai ini. Ini merupakan antara salah satu strategi LADA dalam mempelbagaikan promosi Pulau Langkawi sebagai Pulau Destinasi Pelancongan terkenal....

LADA amat mengalu-alukan kejohanan-kejohanan seperti ini dan pastinya akan memberi kerjasama dan bantuan dalam menjayakan acara ini sebaiknya. Lebih meriah lagi apabila YAB Perdana Menteri sendiri telah hadhir membuat pelepasan peserta dan juga menyampaikan hadiah dua hari berturut-turut. Ini menunjukkan minat YAB Perdana Menteri yang amat mendalam terhadap sukan ini. Saya berharap pihak penganjur akan terus menjadikan Pulau Langkawi ini sebagai laluan kepada perlumbaan yang amat berprestij ini dimasa-masa hadapan.

Setiap tahun saya sentiasa mengikuti 'race' ini .... walaupun bukan kenal sangat peserta-pesertanya... tetapi seronok yang sukar digambarkan.... saya pasti tidak akan lepaskan peluang hadhir jika berkesempatan dan membeli cenderamata berkaitan samada jersey basikal, t shirt ataupun topinya.. Tahun hadapan tidak pasti lagi boleh datang ke Langkawi lagi atau tidak... 



































No comments:

Post a Comment