Sunday, February 23, 2020

TKSUK Jabatan Perdana Menteri Turun Padang


Catatan : Mohd Asri Redha
Tarikh: 14 Februari 2020 (Jumaat)

Walau hari Jumaat saya dan anak-anak buah terpaksa berkorban masa cuti yang amat berharga ini  untuk mengiringi Ybhg. Dato' Sallehuddin .. Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri yang membuat lawatan kerja sehari ke Pulau Langkawi.. Orang kuat JPM ni...  

LADA terletak dibawah Pentadbiran Jabatan Perdana Menteri . Banyak projek-projek di Pulau Langkawi ini yang perlu di'update' kemajuannya selalu untuk perhatian Jabatan Perdana Menteri.. YAB Perdana Menteri bila-bila masa sahaja boleh bertanyakan apa2 yang berlaku di Pulau Langkawi ini.. Sebab itu saya sentiasa mengingatkan anak-anak buah agar sentiasa ada tindakan berterusan apa-apa yang berkaitan tugas dan arahan yang diterima serta sentiasa kemaskinikan segala maklumat-maklumat berkaitan.

#Lawatan Kerja TKSUK JPM
#Jalan Temonyong
#Jeti Anak Tikus
#Jeti Gua Langsir


















No comments:

Post a Comment