Wednesday, June 19, 2019

Aktiviti Meeting BOD LADA 1/2019

Catatan.. Mohd Asri Redha 
 Tarikh..  24 Mac 2019

Assalaamualaikum WRT..Alhamdulillah.. hari ini Mesyuarat Lembaga Pengarah LADA telah selesai diadakan sepanjang petang hingga ke malam.. Kali ke dua mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah LADA diadakan dgn saya sebagai Setiausaha disebabkan kekosongan  CEO LADA belum diisi lagi.. segalanya berjalan lancar kerana bukan mudah untuk mengendalikan mesyuarat penting seperti ini.. Banyak perkara2 penting dan sensitif dibincang dan dibuat keputusan... Apatah lagi ada dua orang Pengerusi Mesyuarat iaitu  YAB Dato' Seri Mukhriz MB Kedah DA  dan YB Dato' Hj Amiruddin Timbalan Menteri Kewangan.. Ahli2 Jawatankuasa pula bukan  calang2 orang terdiri dari Dato' Asri Hamidon Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Dato Mohamad Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Ekonomi,. dan YB Dato' Ammar Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.. 

Saya bernasib baik mempunyai pasukan pegawai dan urusetia yang cekap dan mahir menguruskan mesyuarat dan aktiviti sampingan lain sempena mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah LADA ini.. Pegawai2 pula sudah berpengalaman dalam menyediakan kertas kerja dan laporan dengan lengkap dan memuaskan ahli Lembaga Pengarah.. Kelemahan sedikit sebanyak tu biasa la .. tapi boleh dibuat penambahbaikan lagi dari masa ke semasa. So perjalanan mesyuarat berjalan lancar ....

Selepas ini banyak kerja kena buat bagi melaksanakan segala keputusan yang telah dibuat.. Tolong doakan segala apa yg dibuat oleh anak2 buah ini memberi kejayaan dan memberi manafaat pada jabatan dan rakyat..

Ok jumpa lagi..... catatan lain pula..

















Sambutan Hari Bumi Sedunia 2019

Catatan : Mohd Asri Redha
Tarikh: 23 April 2019
Tempat: Dewan Auditorium LADA


Rupanya BUMI pun ada sambutan 'Hari Bumi Sedunia' iaitu pada setiap 22 April . Hari Bumi diperingati pertama kali pada tahun 1970. LADA sebagai agensi yang amat prihatin berkenaan alam sekitar dan alam semulajadi ini tidak mahu ketinggalan dalam mengadakan sambutan ini walaupun dibuat agak ringkas, tapi penoh bermakna. Kita sebagai makhluk yang tinggal didunia ini kena ambil peduli tentang BUMI.. Berbuat baiklah  pada BUMI kita ini pada setiap saat. Jagalah BUMI tempat kita hidup ini, kemana lagi kita mau pergi kalau bukan di BUMI ini. Lestarikan BUMI kita ini untukk masa depan anak cucu kita.. Tahun 2018 juga LADA buat sambutan ini bersama dengan anak syarikat iaitu Lada Eco Sdn Bhd dengan bertemakan 'Hari Tanpa Plastik'


Kali ini dibuat satu majlis taklimat khas 
berkaitan makhluk-makhluk alam yang bertapak di Pulau Langkawi hasil kajian yang dibuat oleh Prof Dr. Norhayati Ahmad, Pengerusi Pusat Penyelidikan Langkawi, UKM . Tajuk syarahannya ialah ' Keunikan Biodiversiti Pulau" (Unique Island Biodivesity).  Menarik hasil dapatan kajian beliau, dan merupakan perkara baru bagi saya yang amat kurang arif berkenaan perkara ini. 


LADA telah menjemput pelbagai pihak berkepentingan seperti Geopark Partner, Geopark  ,  tourist guide, murid-murid sekolah dan orang-orang awam untuk mendengar dan memahami taklimat yang disampaikan itu. Adalah diharapkan dengan adanya program ini akan ianya akan dapat mendidik dan melahirkan kesedaran  yang tinggi dikalangan peserta tentang kepupusan spesies dan penyebab serta akibat daripada fenomena alam dan perbuatan manusia. Ia juga akan dapat menimbulkan kesedaran untuk  mengaktifkan pergerakan global dalam perlindungan spesies dan habitat yang terdapat di Pulau Langkawi. Sebenarnya banyak spesies dan habitat unik yang ada di Pulau Langkawi dan ada yang hanya satu-satunya  terdapat  di Pulau Langkawi ini yang perlu sekali dijaga dan dipastikan ianya tidak pupus dimuka bumi ini.. 

Jadi ramai yang  tidak  sedar , sebenarnya Langkawi ini amat unik sekali dengan  biodiversitinya yang pelbagai. Ini boleh diketengahkan sebagai produk pelancongan yang menarik untuk dinikmati selain produk2 hiburan yang ada di pulau ini.

TQ .. jumpa lagi..








Tuesday, June 18, 2019

Insentif Untuk Peningkatan Produktiviti

Catatan... Mohd Asri Redha
Tarikh ... 20 Mac 2019

Malam ini punya cerita.. Sessi Townhall Kakitangan Sykt Panorama Langkawi Sdn Bhd bersama Ahli Lembaga Pengarah  PLSB ..

Alhamdulillah.. selesai beri nasihat sedikit sebanyak untuk meningkatkan produktiviti syarikat disamping mengumumkan beberapa insentif menarik kepada kakitangan PLSB.. Semoga tahun ini produktiviti dan pelawat semakin meningkat kedatangannya.. sudah tentu income operasi kereta kabel Langkawi akan meningkat jika lebih ramai pelawat berkualiti menggunakan produk syarikat.. keselamatan tetap menjadi keutamaan syarikat.....  aamiin

.


Taman2 Syurga di Dunia

Catatan .. Mohd Asri Redha
Tarikh ... 21 Mac 2019

Dalam hubungan suami isteri kadang2 kita kecewa/merajuk/marah dengan pasangan kita kerana 'expectation' yg kita harapkan berlaku, tapi tak berlaku, bukan kecewa apapun dengan pasangan kita..  Yang semacam itu sahaja. Akhirnya hubungan menjadi renggang.. betul tak.. itu yang saya dapat belajar dari ustazah Asma tadi.. Menarik dan  berterus terang serta tidak kering gusi mendengar ceramahnya.. Isu komunikasi dalam hubungan keluarga itu amat penting dan jangan sekali diabaikan.. Kita kena belajar sedikit sebanyak bagaimana cara berkomunikasi yang terbaik....

Perkara yang remeh temeh jangan dibesar-besarkan dan diambil hati sangat, kelak ia  merebak menjadi masalah yang besar pula. Kadang-kadang tidak ingat tarikh lahir pasangan pun sudah boleh menimbulkan masalah besar dalam hubungan keluarga, sedangkan kita tahu pasangan kita bukan tidak sayang kat kita... Terima seadanya pasangan masing-masing. Contoh2 yang diberikan amat menarik diberikan perhatian apatah lagi contoh pada dirinya sendiri yang akhirnya mengakui bahawa beliau kena terima seadanya akan pasangannya dan tidak mengharapkan lagi pasangannya itu mengikuti atau memahami kehendaknya seperti naluri seorang wanita yang memang cerewet hal-hal berkaitan tarikh-tarikh penting dalam hidup, nama-nama penting, peristiwa-peristiwa bersama yang patut diingati dan sebagainya. Yang penting kita memahami bahawa kita sayang-menyayangi pasangan masing-masing..

Alhamdulillah pagi tadi punya cerita.. dapat mengumpulkan anak2 buah utk membaca surah  yassin beramai-ramai dan mendengar ceramah yang amat bermanafaat buat insan2 kerdil dan serba kekurangan seperti saya ni.. Kadang-kadang kita ni malas untuk mendengar ceramah-ceramah agama seperti ini, entah kenapa.. Tapi bila kita mendengar ceramah, macam-macam perkara baru dan cerita baru yang kita dengar untuk panduan kita semua... Kadang-kadang itu baru kita sedar akan perbuatan-perbuatan tertentu kita itu tidak baik dan tidak betul. Dalam sembahyang sendiri pun semakin banyak kita belajar atau mengikuti ceramah agama, semakin banyak yang kita kena perbaiki lagi cara kita sembahyang tersebut... jadi pesan untuk diri saya, bila ada kesempatan dengar ceramah agama  tu, pergilah dengar dan ambillah manafaat daripadanya.. Berada ditempat mencari ilmu itu seperti kita berada di dalam  'Taman-Taman Syurga' Jangan kita ego yang kita ini tahu semuanya.... Banyak sangat yang kita kekurangan... In Sya Allah selamat didunia dan akhirat.









Sunday, June 16, 2019

Governance And Board Effectiveness Course - LADA

Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 30 April 2019

Assalaamualaikum WBT... Selamat Siang dan ketemu lagi catatan-catatan saya ...

Sambil2 mendengar ceramah yg menarik disampaikan oleh penceramah yg berkalibar.. tangan saya ligat menekan nekan huruf2 kat laptop saya ni menyusun huruf2 menjadi ayat2 yang boleh difahami berkenaan intipati kursus ini.. kalau  tidak tulis sekarang nanti lupa dan malas pula bila kesibokan kerja seharian.

Perkara yang diberi perhatian utama  dalam kursus ini ialah peranan dan tanggongjawab Ahli Lembaga Pengarah Syarikat selain diberi penerangan dan penjelasan berkenaan kewangan syarikat, kepimpinan , pengauditan syarikat, pengurusan risiko dan juga integriti.

Kursus ini sebenarnya sengaja diator untuk pegawai-pegawai kanan LADA kerana sebahagian besar daripada mereka adalah Ahli Lembaga Pengarah Anak-Anak Syarikat LADA dan yang belum lagi dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah juga kemungkinan besar mereka juga akan dilantik nanti bila pegawai yang menyandang sekarang tamat tempoh pelantikan. Ini adalah kerana LADA telah menetapkan syarat setiap Pegawai Kanan LADA yang dilantik sebagai ALP anak syarikat  diberi tempoh 2 tahun berkhidmat dan kemudian mereka akan diganti dengan pegawai-pegawai lain pula. Dengan pengetahuan dan ilmu yang diperolehi dalam bengkel ini ianya akan menjadi panduan terbaik bagi pegawai yang dilantik sebagai ALP syarikat mengetahui dengan lebih mendalam perjalanan operasi syarikat. Dengan panduan yang diberi itu memudahkan ALP mengenalpasti apa isu dan masalah syarikat.

Kadang-kadang kita lihat setengah-setengah syarikat ada perkara-perkara yang terlepas pandang oleh ALP kerana sebahagian besar ALP tidak mahir dalam membuat penilaian berasaskan penyata kewangan yang dibentangkan.. Ada perkiraan-perkiraan tertentu yang perlu dibuat berdasarkan pembentangan laporan-laporan kewangan dan laporan auditan yang dibuat oleh pengurusan syarikat. Bila terlepas  pandang  berlaku, maka kemungkinaan besar akan berlakulah salah pengurusan dalam mentadbir syarikat yang tidak memberi kebaikan kepada pemegang saham syarikat seperti kerugian dan sebagainya.

Sebab itu saya lihat beberapa keputusan yang dibuat oleh anak syarikat sebelum ini ada yang tidak menepati keperluan syarat minima perakaunan tetapi keputusan dibuat sebaliknya. Di sinilah ALP yang terdiri dari kakitangan LADA perlu peka dan tidak leka bila dilantik sebagai ALP . Mereka dilantik untuk menjaga kepentingan LADA , bukan kepentingan sendiri..

Satu lagi perkara penting yang perlu diambil perhatian serious oleh Ahli Lembaga Pengarah seperti mana yang ditegaskan ole penceramah ialah berkenaan Seksyen 17A (Liabiliti Korporat) Akta SPRM 2009 yang telah diluluskan oleh Parlimen dan berkuatkuasa mulai pada 1 Januari 2019 . Ini kerana Akta ini memberi implikasi besar juga kepada ALP jika gagal menghalang pelakuan rasuah dikalangan anggota 'organisasi komersial'nya. Ini kerana ALP akan bertanggongjawab sepenuhnya kesalahan tersebut melainkan jika ia dapat membuktikan bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa keizinan ALP  dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha yang wajar dilakukannya untuk menghalang  pelakuan kesalahan itu dengan mengambil kira jenis fungsinya atau sifat sifat itu dan kepada hal keadaan yang berlaku...

Waduuh.. ini berat juga.. kakitangan  yang buat rasuah untuk kepentingan syarikat, ALP juga akan kena kalau tidak berhati-hati..  Jadi menjadi ALP Syarikat tidak seindah yang disangka. Banyak tanggongjawab yang perlu diambil perhatian dan  tindakan,  seolah-olah macam kita bekerja sepenoh masa dengan syarikat pula. Tapi itulah hakikatnya. Kesannya sama sahaja samada Pengarah Eksekutif dan Pengarah Bukan Eksekutif. Menjadi ALP seolah-olah mengundang risiko pada pemegangnya. Ada eleman denda yang amat tinggi dan penjara yang lama  jika didapati bersalah. Ini menunjukkan keseriousan kerajaan dalam menangani tingkah laku ALP yang punya kepentingan peribadi mengambil kesempatan dari jawatan yang dipegang itu.

Banyak sudah kes kita dengar tentang perlakuan-perlakuan buruk ALP hingga memberi kesan buruk kepada sesebuah organisasi seperti Tabong Haji, Felda dan sebagainya. Terasa macam nak lepaskan saja jawatan ALP ini. Tapi memikirkan Syarikat milik penoh ini tidak buat pinjaman dimana-mana bank rasa confident sikit untuk terus dengan syarikat, cuma perlu diperhatikan dengan lebih teliti perjalanan operasi syarikat agar ianya dapat menjana pendapatan yang lebih tinggi disamping memastikan perjalanan syarikat berjalan dengan elok dan tidak ada apa-apa penyelewengan serta salah laku berlaku.

Terima kasih.....  ketemu lagi catatan dalam lain pula...
Asri Redha